Alhamdulillah, perubahan yang baik… Linda Hashim Perbaiki Diri Luar & Dalam

Norhazlinda binti Hashim (lahir 8 September 1984) atau lebih dikenali sebagai Linda Hashim adalah pelakon dan model wanita Malaysia.

Linda telah berkahwin dengan Beego pada 7 Jun 2013. Terbaru, Linda mengesahkan dia sudah mula bertudung penuh sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Pun begitu Linda akui, dia sudah mula niat hendak bertudung sejak beberapa tahun lalu lagi.

Bagaimanapun, Linda akui dia bermula dengan cuba mengubah penampilannya kepada yang lebih sopan.

“Sebenarnya sejak beberapa tahun lalu lagi saya sudah menyatakan hasrat hendak bertudung tapi banyak sahaja halangan dan dugaannya.

“Namun saya akui saya bermula dengan memakai baju lengan panjang dan labuh paras punggung.

“Menjadi titik permulaannya saya bertudung ketika PKP baru-baru ini. Banyak hikmahnya, bila saya duduk di rumah banyak buat ibadah seperti solat sunat dan sebagainya ia sekaligus menggerahakan hati saya untuk mahu bertudung terus,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

2syawal20 #latepost

A post shared by Linda Hashim (@lindabeego) on

Menurut Linda lagi, dia bukan sahaja mahu mengubah imejnya sahaja malah mahu berhijrah menjadi seorang muslimah yang sejati.

“Saya tidak mahu dilihat baik hanya kerana saya bertudung sahaja. Saya mahu perbaiki diri saya luar dan dalam.

“Jadi sebelum saya bertudung saya telah cuba memperbaiki dalaman saya dengan menjadi seorang yang lebih beradab serta berkawan dengan orang-orang yang baik.

“Sejujurnya ini penghijrahan diri saya dari dalam dan luar,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

In love with @needleworkskl #igreviewbylb

A post shared by Linda Hashim (@lindabeego) on

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5,  Anggun Cassandra, 4 dan Indah Camella, 1.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: lindabeego

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*