Dit3ngking Pelanggan Selepas ‘Kotorkan’ Bajunya, Ini Yang Terjadi Kepada Uncle Ini

SIAPA pun kita, budi bahasa mestilah diutamakan.

Dalam zaman moden dan semakin maju, budi bahasa dan adab tidak seharusnya dilupakan walau setinggi mana pun pangkat, umur atau darjat seseorang.

Seorang wanita berkongsi video di laman sosial menunjukkan seorang lelaki warga Bangladesh sedang sibuk mengemas meja-meja kotor di medan selera di sebuah pusat beli belah di Shah Alam, Selangor.

Ketika dihubungi mStar, Wiwi Eriana Mohd Bakri menceritakan semula tentang kisah sedih bagaimana lelaki sudah lanjut usia tersebut yang dipanggil ‘uncle’ dimarahi oleh seorang pelanggan.

“Lepas beberapa hari kita beraya, malam tu saya bawa anak-anak pergi makan dengan kawan baik saya. Semua restoran dalam mall padat dengan manusia jadi kami pergi dekat food court. Bila sampai situ rupanya sama juga ramai orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami cari meja kosong nak duduk tapi tak ada. Yang ada pun penuh dengan pinggan mangkuk dan cawan kotor pelanggan tinggal belum dikemas jadi kami terpaksa tunggu.

“Tak sampai lima minit ada seorang uncle ni datang cuci meja cepat-cepat lepas nampak kami menunggu. Lepas dah bersih kami terus duduk dan uncle ni pun beredar bawa troli penuh pinggan kotor kemas meja lain sebab masih ramai lagi tengah tunggu,” ujarnya yang senang disapa Wiwi.

Bercerita lanjut, wanita yang menetap di Meru, Klang ini berkata matanya asyik memerhati kerajinan dan ketekunan uncle tersebut mengemas dengan cepat bagi membolehkan lebih ramai pelanggan mendapat tempat duduk.

Gambar Wiwi bersama anaknya semasa berada di kedai makan sebelum kejadian.

Gambar Wiwi bersama anaknya semasa berada di kedai makan sebelum kejadian.

Namun Wiwi tidak menyangka melihat pakcik yang leka mengutip pinggan mangkuk itu tiba-tiba dimarahi oleh seorang lelaki dalam lingkungan usia 30an hingga 40an.

“Saya perhati tangan uncle tu tangkas buat kerja. Bila dia nampak orang beredar je terus dia bersihkan meja tu cepat-cepat. Mungkin dia faham musim raya ni orang lapar sebab tu ramai keluar cari makan.

“Ada satu masa tu uncle tak perasan ada seorang ‘abang’ ni dekat belakang dia jadi dia tak sengaja terlanggar abang tu. Baju Melayunya kotor terkena sisa makanan. Dari pandangan saya tak nampak teruk pun sebab terlanggar sedikit saja. Tapi abang tu ‘bising’ dekat uncle tu sebab buat kerja tak pandang orang.

“Saya kesian bila tengok uncle dengan muka penat kena minta maaf dekat orang tu dan mengaku dia tak perasan. Bagi saya abang tu kurang ajar bila marah uncle tu suruh buat kerja betul-betul depan khalayak macam tu sedangkan bukan dia sengaja nak langgar,” kata Wiwi.

Perkongsian gambar pakcik yang sedang tekun mengutip pinggan dan cawan kotor.

Uncle sedang tekun mengutip pinggan dan cawan kotor.

Wiwi yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, lelaki itu kemudian terus beredar tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bersalah kerana berkasar dengan uncle yang lebih berusia.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, dia berasa kasihan terhadap warga asing itu apabila melihat raut wajahnya kelihatan gelisah setelah dimarahi pada ketika itu.

Malah, selepas dimarahi uncle tersebut berusaha mengutip semua pinggan dengan lebih cepat dan meletakkan troli lebih jauh daripada pelanggan.

“Uncle nampak risau sangat lepas kejadian tu. Lepas dia tolak troli jauh tu, dia berjalan dari meja ke meja dan angkut semua pinggan mangkuk sebab takut terkena orang lain pula.

“Rasa sebak pula sebab tengok dia dengan kudrat badan dah tak berdaya sampai menggigil-gigil bawa pinggan kotor jauh-jauh. Bila saya nampak uncle ni dah tak sibuk sangat, saya cuba ajak dia berborak.

Wiwi merupakan seorang usahawan makanan sejuk beku.

Wiwi merupakan seorang usahawan makanan sejuk beku.

“Bila ditanya rupanya dia belum makan lagi. Dia lebih utamakan orang lain sebab tahu musim raya ni memang semua orang lapar cari makan dekat luar. Dia faham sebab dia pun sudah 14 tahun dekat Malaysia. Lagi sedih bila uncle ni cakap tahun ni tak balik beraya sebab nak cari duit,” tambah Wiwi.

Mendengar kisah lelaki itu membuatkan naluri hati seorang ibu menjadi lebih pilu apatah lagi mengimbas kejadian yang disaksikan di hadapan mata.

Walaupun ditawarkan untuk belanja makan, lelaki berkenaan menolak kerana lebih mementingkan kerjanya justeru Wiwi membantu cara lain dengan memberi sejumlah wang kepadanya sebagai hadiah.

Wiwi yang merupakan seorang usahawan dan juga pengasas makanan sejuk beku mengakui berasa begitu terkesan dengan apa yang berlaku pada malam itu apatah lagi ia melibatkan lelaki tua warga asing yang begitu tekun bekerja di negara orang.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*