Siapa yang tidak kenal dengan Cef dari Turki yang sering tersenyum dalam setiap video memasaknya?
Selain sering tersenyum manis, Cef Burak Ozdemir ini juga sering memasak dalam hidangan yang besar atau banyak sehingga berjaya menarik berjuta penonton di seluruh dunia.
Bagaimanapun, di sebaik keramahan senyuman yang sering diukir setiap kali melakukan adegan memasak di media sosial, siapa sangka sebenarnya cef ini menyimpan berita pilu untuk dikongsikan.
Baru-baru ini, peminat di seluruh dunia berasa terkejut dan bersimpati dengan nasib Cef Burak apabila beliau berkongsi sekeping foto di laman Instagram memaparkan dirinya mengenakan pakaian pesakit di hospital.
Menerusi perkongsian video terbaharu di laman TikTok, Cef Burak kelihatan sugul dan pucat, selain berat badannya menyusut.
“Sekiranya saya sudah tidak ada lagi, ingatlah saya menerusi video-video masakan amal yang dibuat sebelum ini,” kongsinya dalam salah satu video yang dimuat naik namun tidak dinyatakan secara terperinci apakah sakit yang dialaminya.
Namun begitu, menerusi laporan MM News, Cef Burak dilaporkan menghidap tumor otak tetapi kesahihan mengenai perkara itu belum dapat dipastikan lagi.
Susulan perkongsian itu, rata-rata peminat menitipkan doa agar Cef Burak diberikan kekuatan serta dikurniakan kesembuhan segera dari penyakit itu.
Untuk makluman, Cef Burak memiliki empat buah restoran terkemuka yang mana salah satunya terletak di Dubai.
Beliau mula dikenali di luar Turki sejak video memasak kebab dengan hidangan besar di laman Instagram dan kini memiliki lebih 34 juta pengikut.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply