Erra meluahkan perasaan…. gereeemmmm jerrr!

Umum mengetahui Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira binti Wan Chek. Beliau di lahirkan di Sungai Choh, Rawang, Selangor pada 9 Februari 1974. Kini berusia 46 tahun.

Merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1992. Kariernya berkembang selepas menjulang takhta juara pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992. Beliau yang diberi jolokan ‘Primadona Filem Melayu Alaf Baru’ pernah meletup menerusi filem Sembilu, Maria Mariana, Soal Hati, Pasrah, Cinta Kolestrol dan Janji Diana.

Mengikut sejarah, Erra pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi rock, Awie pada tahun 1996, sebelum putus pada hujung 1998. Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai pada 16 Jun 2006.

Ikatan perkahwinan keduanya bersama Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sekali lagi berakhir dengan perpisahan pada 18 Februari 2014. Bagaimanapun hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya pada Mac 2009.

 

View this post on Instagram

 

. Terima kasih tak terhingga buat team yg membantu memeriahkan majlis semalam . . . . ~ @bungalab – 😍😍awesome decoration. . . . ~ @mymumsbakery ~ Ni takyah cerita la! Juara bertahan!! 🥰Aleesya’s fav ~ red valvet cake!! . . . ~ @mamasaurusparty ~ trendy n stylo bags for kids! The best souvenirs ever!! 😍😘 . . . ~@zarinazainuddin_ ~ Juara pulut terrrrbaek!!!! Mmg tak sah kalau tak order pulut kak ina!! 🥰😍😁. . TERIMA KASIH SEMUAAAAA !! Korang mmg awesomeeee!!

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Kini Aleesya berusia 11 tahun, yang lebih kelakarnya bila dah besar ni, Aleesya dah xjadi geng lak dengan mummy dia.. hehehe.

Al kisahnya, pergi KLCC tapi dah dapat “key chain’ dia terus nak balik.. hohoho…

Luahan Erra :

“Dia dah dapat dia punya key chain.. pastu nak balik…. aaaaa….”

 

View this post on Instagram

 

Seriuuuussss weyyy… gereeemmmm jerrr!! 🤨🤨😤😤🙄🙄

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Namun luahan tersebut disambut dengan komen positive dari rakan artis dan peminat :

Hahaha, bagi Min pasni Erra kena atur strategi untuk bawa Aleesya pergi shopping… hehehe..

Apa2 pun min suka tengok cara Erra “treat” Aleesya.. Good Mom! Good Daughter! Semoga berbahagia selamanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

sumber : Instagram Erra Fazira

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*