“Ini pulak bukan saya yang ada guna apps apa-apa ye”- Shuk Sahar

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelawak popular dengan panggilan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berusia 34 tahun ini dimana dia yang juga merupakan pengacara hebat sering menjadi perhatian netizen di kaca televisyen.

Seperti yang sedang tular dimedia sosial apabila ramai selebriti mula menggunakan aplikasi menukar wajah bagi menunjukkan penampilan berbeza mereka dan ternyata Shuk juga mencubanya.

Perkongsian foto dirinya berambut perempuan menerusi Instagram peribadinya membuatkan orang ramai terhibur dan ada juga memberitahu bahawa pelawak ini mempunyai iras dengan seorang perempuan dan tular dilaman sosial.

Walau bagaimanapun, setelah itu dia memuat naik sekeping foto dirinya bersama dengan seorang perempuan yang dikatakan mirip wajahnya dan dia menegaskan itu bukanlah dia.

Tidak disangka-sangka selepas diusik peminat, Shuk akhirnya memberikan respon kepada warganet dan dia turut tergelak besar apabila mengetahui hal itu.

“Ini pulak bukan saya yang ada guna apps apa-apa ye…” ujarnya di posting.

 

View this post on Instagram

 

Ini pulak bukan saya yang ad guna apps apa2 ye…

A post shared by Shukri Sahar (@shuk_hotfm) on

Shuk berkata dia tidak menyangka bahawa ada wanita mempunyai mirip dengannya. Biarpun begitu, penyampai radio Hot FM ini tidak mengambil hati langsung terhadap usikan warganet kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

Cantik tu subjektif kan gaiss…jangan pandang luarannya percayalah dengan inner beauty gaiss inilah dia…

A post shared by Shukri Sahar (@shuk_hotfm) on

“Saya pun tergelak saja apabila mendapat tahu perkara itu. Tak sangka pula ada wanita yang kelihatan hampir mirip dengan wajah saya. Selalunya orang cakap kalau memiliki persamaan wajah itu tandanya ada jodoh kuat. Lega pula saya apabila mendapat tahu wanita itu sudah berkahwin.

“Apapun, saya tak ambil hati langsung menjadi bahan senda warganet mengenai perkara itu sebab itu bukan saya pun. Lagipun, orang cakap dalam dunia ini ada tujuh orang berwajah sama.”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: My Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*