MENJALANI ibadah puasa di Amerika Syarikat, Luna Maya merasakan ia bakal memberi satu pengalaman baharu dan pastinya lebih sukar kerana tempoh waktu siang yang lebih panjang.
Bagaimanapun menurut Luna, kesibukan kerja akan membuatkan dia tidak terlalu memikirkan soal lapar atau dahaga.
“Ramadan tahun ini saya akan ke Amerika Syarikat. Jadual kerja saya masih berjalan seperti biasa walau berpuasa.
“Mungkin cabaran (berpuasa) di sana akan lebih berat tetapi puasa tidak bermakna kita harus hentikan segala aktiviti kerja.
View this post on Instagram
“Saya tetap bersemangat untuk kerja. Puasa akan terasa lebih lama jika tidak melakukan sebarang aktiviti,”katanya seperti yang dipetik dari Detik Hot.
Sementara itu Ramadan tahun ini juga amat dinantikan kerana selepas dua tahun banyak aktiviti bulan puasa terpaksa dibatalkan akibat pandemik Covid-19.
Luna juga berharap agar dia dapat melaksanakan impian untuk khatam al-Quran.
“Ramai yang menantikan Ramadan tahun ini kerana sudah dua tahun kita tidak boleh melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sepanjang berpuasa,”jelasnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply