Kesihatan Shiha Zikir Terjejas, Terlalu Sibuk Bekerja. Tak Cukup Rehat, Sempat Tidur Satu Atau Dua Jam

HANYA tidur dalam satu hingga dua jam sehari, penyanyi Shiha Zikir mengakui kesihatannya terganggu gara-gara sibuk bekerja.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, dia juga kehilangan suara dan bacaan degupan jantung laju disebabkan terlalu penat.

“Saya tak cukup rehat, hanya tidur sejam atau dua jam sehari sepanjang minggu ini. Baru-baru ini, saya menjadi pengacara dari tengahari sampai ke esok paginya.

“Pagi pula, ada wedding show pula… malam ada kerja lain juga. Kebetulan minggu ini banyak kerja sebagai pengacara. Sampaikan suara saya hilang beberapa hari lalu.

“Boleh katakan hari-hari bacaan degupan jantung saya melebihi 100. Mungkin lepas ini, saya akan fokus pada nyanyian dan bisnes kosmetik,” katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu AEWO itu ditemui ketika pelancaran produk komestiknya iaitu Xmetic di Royale Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum ini, Shiha turut berkongsi foto di Instastory miliknya yang memperlihatkan dia sedang menjalani rawatan di sebuah hospital gara-gara kurang sihat.

Shiha 2

Shiha lancar produk kosmetik jenamanya iaitu Xmetic.

Dalam pada itu, pelakon filem Hantu Bonceng 2.0 ini memberitahu dia mempunyai sasaran tempoh untuk bekerja dan mahu mencari penggantinya dalam bidang nyanyian.

“Setiap orang ada sasaran nak kerja sampai bila… tapi tak semua benda kita nak beritahu orang. Macam saya sendiri pun ada sasaran, tahun ini sampai bila nak macam ini.

“Jadi, saya dah susun jadual. Mungkin satu hari nanti, saya nak duduk di belakang saja. Contoh, dalam bidang nyanyian, saya nak cari penyanyi yang betul-betul macam saya.

“Tak fikirkan populariti tapi sebab memang betul-betul minat,” ujarnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*