Anak Feeya Iskandar M4suk H0spital

ANAK ketiga penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar iaitu Muhammad Zidane dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Selangor pada Selasa akibat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, 33, anak lelakinya yang kini berusia setahun itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk sejak dua minggu lalu.

“Mulanya kami ingatkan hanya batuk biasa, maklumlah anak kecil sensitif dengan persekitaran.

“Semalam (Selasa) ketika mahu menghantar anak ke pengasuh suami melihat pernafasan anak laju dan dadanya berombak tidak seperti biasa, jadi dia terus dibawa ke pusat perubatan.

“Menurut doktor ada kuman pada bahagian paru-paru dan perlu pemantauan dan sebab itu kena tahan wad,” katanya ketika dihubungi mStar.

cik piah 2

Feeya bersama tiga orang anaknya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar)

Sementara itu, Penyampai segmen Gaya Suria ini memberitahu keadaan Zidane kini semakin stabil selepas diberi nebulizer dan antibiotik.

Meskipun sudah biasa berhadapan dengan situasi anak dimasukkan ke hospital, namun ini merupakan kali pertama buat Zidane.

“Ketika awal menerima rawatan risau juga dengan keadaan Zidane kerana ada masa oksigennya turun. Syukur dia semakin pulih selepas menerima rawatan.

“Semua anak saya ada pengalaman menerima rawatan di pusat perubatan. Zidane tidak pernah demam teruk dan inilah kali pertama dia ditahan wad.

“Sebagai ibu kena kuatkan fizikal dan mental apabila berhadapan dengan situasi begini,” ujarnya.

cik piah 3

Feeya dan suami

Dalam masa sama Feeya turut berkongsi nasihat kepada semua ibu bapa agar sentiasa memantau kesihatan anak kecil memandangkan mereka kini terdedah dengan persekitaran yang tidak bersih.

“Ini adalah dugaan dan cabaran menjaga anak kecil. Walau kita cuba sebaik mungkin, ada masa terkena juga jangkitan sebegini.

“Jadi sebagai ibu bapa jangan ambil mudah kesihatan anak dan segera dapat rawatan jika anak sakit,” jelasnya.

Feeya mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Abd Wahab pada 6 Mei 2015.

Selain Zidane mereka turut mempunyai dua orang cahaya mata lain iaitu Adam Malique, 4, dan Nuh Arryan, 3.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*