Mulanya Bertvdung Sebab Nak Tutup Uban, Kini Daphne Iking Rasa Tak Selesa Kalau ‘Free Hair’

Daphne Iking yang berhijab sepenuhnya sejak Oktober tahun lalu meluahkan rasa syukur mendapat sokongan suami biarpun pada awalnya dia berasa ragu dengan tindakannya itu.

Pun begitu, Daphne secara jujur mendedahkan asbab sebenar dia mula menyarung tudung adalah untuk menyembunyikan uban.

“Bapa saya meningg4l dunia akibat kanser dan sejak itu saya banyak terlibat dalam aktiviti kesedaran mengenai penyakit berkenaan. Rambut saya panjang dan berhasrat untuk mendermakannya kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daphne Iking (@daphneiking)

“Tapi untuk berbuat demikian, tak boleh warnakan rambut atau lakukan sebarang perawatan selama enam bulan. Dalam tempoh itu, saya mempunyai uban. Kalau berada di rumah, okaylah sebab ia hanya dilihat suami dan anak-anak.

“Kemudian kita sudah diberikan kelonggaran untuk keluar selepas penguatkuasan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan saya perlu hadiri satu majlis bertemakan warna ungu. Saya berdandan dan nak pastikan uban tidak terlihat, saya pakai turban.

“Tapi saya tidak ada turban warna ungu lalu pakai shawl saja. Bila pakai ia akan ‘terpeleot keluar’, saya jenis kasar. Saya pun kenakan topi selam (diving cap),” katanya.

Daphne akui proses penghijrahannya tidak mudah. Namun, berasa janggal apabila dia menanggalkan tudungnya pada hari raya.

“Saya kembali berselendang ala gaya Grace Kelly. Seminggu kemudian saya pergi berenang dan berbikini. Tapi saya rasa ‘bogel’ sangat.

“Seganlah… sudah berumur nak pakai macam Halle Berry. Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai ‘baju diving’. Transisinya daripada situ kemudian saya beritahu suami untuk jual semua baju seksi,” katanya lagi.

Malah, terasa seperti berbogel sekiranya tidak mengenakan tudung di kepala.

“Oleh kerana saya turut kerap buat sesi temu bual secara virtual, paling tidak saya akan sarung anak tudung dengan topi. Sekurang-kurangnya ia menutupi,”jelasnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*