Netizen Terkejut, Rupanya Halim Othman Pernah Berkahwin

Nama Myra Natasya semakin mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai di media sosial, siapa sangka wanita ayu yang merupakan bekas finalis Dewi Remaja 2019/2020 ini, sebenarnya adalah anak tunggal kepada bekas penyampai radio terkenal, Halim Othman.

Netizen Sangka Halim Masih Bujang

Menerusi berita yang disiarkan oleh portal Media Hiburan di laman Facebook, ramai pengguna media sosial membanjiri ruangan komen meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka bintang baharu tersebut merupakan anak bekas penyampai terkenal.

“Owh kisahnya.. Rupanya Othman Halim dah pernah kahwin selama ini.. Memang dia dan kawan-kawan sekeliling dia semasa bertugas di radio-radio simpan rahsia yang paling baik. Selama ini kita ingat dia bujang sampai hingga kini”

“La ingatkan Halim ni masih teruna lagi pandai simpan rahsia”

“Aku mati-mati ingat Halim ni bujang terlajak. Dah kahwin rupanya pandai dia simpan rahsia” antara komen mereka

Mengintip di Insta-Stories Myra yang kini aktif sebagai pelakon dan pengacara, wanita ayu ini mengakui menyimpan rahsia identiti bapanya dari pengetahuan umum selama 27 tahun dan mengatakan selepas ini tiada lagi rahsia yang perlu disembunyikan kepada orang ramai.

“Bila kebanyakan dari kita sembunyikan teman lelaki/teman wanita, saya menyembunyikan ayah saya dari pengetahuan umum selama 27 tahun.”

“Tiada lagi rahsia” tulisnya

Myra juga berkongsi pendedahan pengurusnya, Lynnda Sharudin, yang mengesahkan kenyataan yang dikongsikan Myra mengenai hal yang tular berkaitan identiti bapanya di Instagram.

“Dah pengurus pun tak payah simpan rahsia dah. Ya benar, anak tunggal pengacara Halim Othman ini @myra.natasyaa artis di bawah jagaan saya. Kita dah lama tahu dah dari awal sign dia dulu.” jelas Lynnda

Sekadar info, Myra Natasya atau nama sebenarnya Yusmyra Natasya merupakan anak tunggal kepada Halim Othman bersama bekas isteri, Yusnita Omar.

 

 

Sumber: Murai

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*