Tanggal 8 Syawal, Syatilla Melvin Selamat Melahirkan Anak Ketiganya

PELAKON Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi ketiga pagi Isnin bersamaan 8 Syawal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh suaminya iaitu aktor Shaheizy Sam dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

“Alhamdulillah… Selamat melahirkan. Terima kasih atas doa-doa anak semua.

“Anda tengok macam muka bapa ke muka ibu?” kata Sam.

Sam bagaimanapun menutup wajah dan belum memberitahu jantina bayi berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut juga, Sam dilihat menemani isteri itu ketika proses melahirkan di dewan bersalin.

Pada Ahad lalu, Sam sempat memuat naik video dia dan isterinya membeli-belah di sebuah pasaraya di sebelum Syatilla dimasukkan ke pusat perubatan.

sam 2

Sam dan Syatilla bersama dua anak mereka.

Sementara itu, Syatilla pula meluahkan perasaan teruja menyambut kelahiran cahaya mata ketiga mereka.

“Ya Allah, tak sabar… esok (Isnin) kami update terus muka baby,” ujarnya.

Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*