Sempena Ramadan, Daiyan Trisha Tampil Dengan Imej Berturban

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha yang kini tampil dengan imej berturban memaklumkan tujuannya adalah bersempena menghormati bulan Ramadan.Menurut Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, dia mahu menutup aurat apabila sudah benar-benar bersedia dan bukannya dalam keadaan tergesa-gesa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)


“Sebenarnya pemakaian turban ini bersempena bulan Ramadan. Lagipun saya baru balik dari umrah, jadi lebih baik saya tutup. Tapi buat masa sekarang ni memang untuk Ramadan sebab sebelum pergi umrah pun Daiyan dan mula menutup aurat sikit.

“Daiyan cuba untuk istiqamah tapi buat masa sekarang memang tak rancang lagi. Niat tutup memang untuk menghormati bulan Ramadan.

“Daiyan taknak la bila balik umrah terus pakai tudung lepas tu buka. Itu memang saya tak suka. Bila saya dah betul bersedia, betul-betul ikhlas nak menutup aurat, saya akan buat untuk Allah dan diri sendiri,” jelas Daiyan kepada Gempak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)


Daiyan ditemui pada majlis berbuka puasa dan screening raya Astro yang diadakan di Connexion, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambah pelantun lagu Penat ini lagi, dia bersyukur mempunyai peminat yang sentiasa positif tidak menghakimi dalam apa jua tindak-tanduknya.

“Daiyan sangat happy bila ada fans yang sangat menyokong dan pada masa yang sama mereka faham dan tidak menggesa saya untuk bertudung.

“Masa balik dari umrah, saya perlu memuat naik beberapa keping foto free hair dan pada mulanya saya risau kalau orang marah. Tapi bila dah post, takde siapa cakap apa-apa.

“Insyallah peminat-peminat saya sangat positif dan mereka akan terus mendoakan saya agar saya istiqamah,” katanya lagi.

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*