Telatah Lelaki Keluar Lepak Kena Bawa Anak, “Mak Hantar CCTV…”

Sudah menjadi satu rutin untuk kaum lelaki keluar lepak bersama rakan-rakan tidak kira lah sama ada yang belum atau sudah berkahwin. Macam situasi yang dikongsikan ini apabila dua lelaki pasrah di mana mereka terpaksa membawa anak semasa keluar lepak baru-baru ini.

Gelagat kedua-dua mereka ini turut menjadi bahan usikan rakan-rakan lain apabila masing-masing redha menjalankan tugas sebagai seorang bapa. Malah rata-rata netizen juga turut berdekah melihat pengorbanan mereka ini.

Pautan Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan sekumpulan lelaki sedang keluar lepak di sebuah restoran. Dalam masa yang sama, turut kelihatan dua kanak-kanak yang berada di dalam kumpulan yang sama.

Rupa-rupanya, dua daripada mereka terpaksa membawa anak mereka sekali untuk keluar melepak dengan rakan-rakan. Turut dapat dilihat, seorang lelaki yang mendukung anaknya sementara yang lain sedang melayan kerenah si anaknya itu.

lepak

Lebih mencuit hati, pemilik video sempat mengusik mereka ini gara-gara membawa anak semasa keluar melepak. Dia juga turut berseloroh susah untuk berborak dengan mereka ini yang begitu sibuk melayan kerenah anak masing-masing.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Ada juga yang menggelarkan ianya sebagai taktik isteri untuk memastikan para suami tidak pulang lambat gara-gara ralit berborak.

“Baguslah macam ni, bapak yang bertanggungjawab…”

lelaki

“Mak hantar CCTV.”

anak

“Anak bukan saja-saja tu spy tu. Hahahaha balik terus buat laporan.”

komen

“Anak tu alarm. Kalau dah mengantuk ke tak selesa ke dia akan menangis dan bapaknya takde pilihan lain selain balik ke rumah.”

tik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*