Kebangkitan semula selebriti Bunga Citra Lestari selepas pemergian Allahy4rham Ashraf Sinclair terus menjadi inspirasi ramai. Terkini, wanita jelita yang baru merayakan ulang tahun ke-39 itu berkongsi hadiah yang dibelinya untuk diri sendiri.
Bukan sebarangan MPV mewah, Bunga Citra Lestari atau Unge mempamerkan wajah depan kenderaan barunya, sebuah Toyota Alphard 2022 generasi baru rona hitam dengan reben merah di laman sosial.
Dianggarkan mencecah harga tidak kurang setengah juta di Malaysia, pembelian kenderaan ini jelas membuktikan kemampuan Unge sebagai salah seorang penghibur paling popular di Indonesia.
Toyota Alphard Generasi Baru 2022
Toyota Alphard 2022 baharu saja dilancarkan di pasaran dan Unge merupakan di antara pemilik terawal memiliki MPV mewah tersebut.
Selain reka bentuk luaran yang lebih ‘Transformers’, spesifikasi kenderaan ini pun hebat setanding dengan harganya. Tapi paling best, tentu sekali interior Toyota Alphard 2022 itu sendiri yang bagaikan jet pesawat peribadi di jalanan.
Cantiknya!
“Hadiah ulang tahunku untuk diriku.” Bunga Citra Lestari
Ungkapan itu turut disertai foto dirinya bersama pelbagai jambangan bunga, kek dan hadiah di atas meja. Semua pemberian daripada ahli keluarga dan rakan-rakan kesayangan Unge adalah tanda sayang mereka pada juri Indonesian Idol tersebut.
Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas doa-doa para peminat yang tumpang gembira dengan sambutan hari lahirnya.
Unge sangat disayangi oleh orang di sekelilingnya
“Terima kasih juga untuk doanya, I love you.” Bunga Citra Lestari
View this post on Instagram
Dilahirkan pada 22 Mac 1983, Bunga Citra Lestari merupakan anak pasangan Muchlis Rusli dan Emmy Syarif serta memiliki seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair. Kembali bangkit selepas pemergian suami tercinta, ibu tunggal ini dilihat kembali aktif menyanyi dan baru melancarkan single terbaharu berjudul ‘Tersanjung’.
Terdahulu sebelum itu, Unge berkongsi video hari jadi bersama anak lelaki kesayangan, Noah Sinclair. Nampak riang, tapi kalau ditatap renungan matanya, Unge jelas cuba menjadi kuat demi meneruskan kehidupan mereka sekeluarga.
Happy belated birthday Unge! Moga kekuatan dan semangat Unge mendepani hari-hari mendatang tanpa orang tersayang mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain yang diuji perkara serupa.
Sumber:Nona
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply