Pura2 hantar air, gadis ‘surprisekan’ Norman Hakim di set drama sebab rindu
Umum sedia maklum bahawa keluarga besar pelakon Norman Hakim sememangnya meriah apabila dia dan bekas isteri iaitu Abby Abadi tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan sehingga masing-masing kekal akrab.
Aktor bertubuh sasa itu juga tidak lokek berkongsi momen-momen bahagia bersama anak-anak yang sudah meningkat dewasa dan pastinya hubungan mereka sangat rapat.
bapa di set pengambaran ,Menerusi satu perkongsian terbarunya di Instagram, pelakon berusia 44 tahun itu telah memuat naik satu video kejutan daripada anak gadisnya Marissa Dania Hakim apabila hadir ke set pengambaran secara senyap-senyap untuk bertemu dengannya.
Pura-pura hantar air
Dalam video tersebut, jelas kelihatan Marissa yang memakai pelitup mulut berpura-pura menghantar air kepada bapanya yang sedang melakukan perbincangan semasa sedang menjalani pengambaran drama The Maid.
Tidak lama selepas itu, Norman Hakim perasan akan kehadiran anaknya dan terus memeluk dan mencium dahi puteri tersayang.Tetibe rasa terharu tengok video ni
Situasi tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata berasa terharu melihat momen dua beranak ini yang terlihat sangat akrab.
Mereka juga berasa ‘cemburu’ melihat hubungan bapa dan anak gadisnya yang sangat dekat sehingga Marissa menitiskan air mata kerana merindui bapanya.
View this post on Instagram
jadi bualan netizen yg kagum dgn norman dan marissa
Sweetnya anak & papa
Mesti sebak kalau Marissa nak kahwin nanti
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: Apaceritatv
Leave a Reply