Niat Nak Acah Jer Jadi Imam. Sekali Ayah Betul-Betul Suruh, Terus Si Anak Menggelupur Tepuk Dahi

Gurauan acah nak jadi imam sebenarnya sudah biasa berlaku di kalangan orang lelaki bila mereka mahu bersolat jemaah bersama ‘geng’ atau sesama mereka.

Bagi yang tidak biasa menjadi imam, pastinya berasa gerun sekiranya tiba-tiba kena ‘tarik’ suruh jadi imam, dan suasana pasti kecoh dengan gelak tawa.

Itulah apa yang dilakukan oleh keluarga Fiqri Syamie, 20, sama seperti keluarga lain yang menunaikan solat secara berjemaah di rumah.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah gelagat adiknya, Firas Sufi, 18, yang mengusik bapanya sebelum solat Isyak dimulakan.

Suka bergurau mengusik ayah

Fiqri menceritakan semula kejadian yang dirakam pada Sabtu lalu, menunjukkan adiknya dengan selamba pergi ke hadapan untuk menjadi imam, namun reaksinya bertukar sebaik sahaja disuruh melakukannya betul-betul.

” Ayah saya jenis pendiam dan tak banyak cakap. Sufi suka mengusik ayah, bergurau dengan lawak bodoh dia.

” Bila ayah suruh jadi imam solat Isyak betul-betul, tahu pula dia tak nak,” ujar Fiqri dalam nada berseloroh.

Tambah Fiqri lagi, bapanya akan menjadi imam setiap kali mereka menunaikan ibadah secara berjemaah di rumah.

” Memang setiap kali solat ayah akan jadi imam.

” Saya dan Sufi masih belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut, lain macam rasanya bila kena jadi imam ni,” ujar remaja berusia 20 tahun itu.

Fiqri yang merupakan pelajar Sains Sukan itu bersyukur bahawa Movement Control Order (MCO) yang diarahkan oleh kerajaan Singapura ini memberi hikmah buat dia dan keluarganya.

” Kalau sebelum ni, puasa ketiga atau keempat saya akan berbuka bersama rakan-rakan, tapi tahun ni agak berbeza.

” Bond antara ahli keluarga tu makin hari makin rapat. Manakan tidak setiap hari kita berbuka bersama-sama,” ujar anak ketiga dariapada lapan beradik itu.

Fiqri Syamie (kanan) merupakan pelajar jurusan Sains Sukan.

Mengulas lebih lanjut mengenai adiknya itu, Fiqri memberitahu bahawa dia adalah seorang yang periang dan suka bergurau senda.

” Bila Sufi tiada di rumah, rumah jadi senyap sikit.

” Kalau dia bosan di rumah, dia akan kacau orang lain. Dia ni jenis menggeletis sikit, macam dia cakap taknak dalam video tu la,” ujar Fiqri yang menetap di Woodlands, Singapura.

Dalam pada itu kebanyakan respon daripada netizen setelah melihat video tersebut menunjukkan rasa mereka cemburu kerana Fiqri mempunyai keluarga yang ceria. Namun, Fiqri memberitahu setiap orang mempunyai detik ceria mereka tersendiri.

” Ramai cakap jealous tengok family saya, kami pun ada juga bergaduh sesama sendiri.

” Cuma bila masing-masing dah besar, kita dah masuk ke fasa lain. Suatu hari nanti, semua orang pasti akan rasa bahagia tu,” tambah Fiqri.

Fiqri tidak menyangka video yang berdurasi 12 saat itu menjadi tular di Malaysia. Sehingga kini telah mendapat 245,000 tontonan dan 17,500 ulang kicau daripada netizen.

” Adik aku pun macam ni bila ayah suruh dia jadi imam,” tulis seorang pengguna Twitter.

” Bestnya tengok family yang boleh bergurau macam ni. Jealous tengok,” ujar seorang gadis.

” Salute tengok cara dia suruh ayah dia ke belakang, bila suruh jadi imam terus menggelupur,” tambah netizen lain.

Video yang dimuat naik Fiqri berjaya mencuri perhatian netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://lamanhiburan.pw/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*