Tahun ini ramai yang menjadi mangsa ‘scam‘ apabila makanan yang dibeli di bazar Ramadan tidak seperti yang diharapkan. Bukan sahaja makanan di bazar malah kuih raya juga turut terjebak sama macam situasi yang dialami oleh seorang wanita ini.
Semuanya gara-gara kuih tart nenas yang dibelinya ini kosong tanpa sebarang inti. Sehinggakan ramai yang turut hairan melihat keadaan kuih raya itu yang kosong tanpa jem nenas yang selalunya diletakkan pada kuih raya itu.
Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu menunjukkan sebalang kuih tart nenas yang baru sahaja dibelinya ini. Untuk kuih raya seperti tart nenas ini, ia selalunya terkenal dengan inti jem nenas yang akan memberikan rasa manis dan masam pada kuih itu.
Tetapi malang nasibnya apabila kuih raya tersebut tidak mempunyai sebarang inti langsung di dalamnya. Menurutnya juga, hanya tiga daripada kuih tart nenas itu mempunyai inti jem nenas manakala yang lain kosong begitu sahaja.
Dia juga turut menunjukkan keadaan kuih raya di dalam balang itu di mana hampir keseluruhannya kosong tanpa inti. Sampaikan ada yang berseloroh kuih tart nenas itu turut mempunyai nasib yang sama seperti karipap inti oksigen seperti yang selalu dijumpai di bazar.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut melihatkan keadaan kuih raya yang diterimanya ini. Dalam masa yang sama, ada yang menganggap mungkin juga penjual telah memberikan balang kuih yang salah kepada wanita itu.
“Ya Allah kenapa lah jualan buat macam ni tak baik kan.”
“Serious ah, apa ni.”
“Mungkin dia tersalah bagi tu…”
“Mustahil masa dia packing tak nampak. Ni buat buat tak nampak je ni.”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply