“Tiba-Tiba Ketuk Pintu Kereta Dan…”- W4s-W4s Nak Sedekah, Diana Danielle Bimbang Dir4gut

Pelakon Diana Danielle akui pernah ada rasa sangsi untuk menyumbangkan wang kepada peminta sedekah.

Ia gara-gara selepas Diana mendedahkan dia pernah didatangi seorang lelaki yang meminta wang dalam amaun yang ditetapkan dengan keadaan yang mencurigakan.

“Nak tanya, kalau was-was, tak apa ke kalau kita tolak untuk menghulur sedekah?

“Ada insiden seorang lelaki ini tiba-tiba ketuk pintu kereta dan kemudian, cerita laju panjang dan minta RM50.

“Terkejut sebab dia minta amaun yang spesifik dan hati rasa ragu-ragu. Sikit lagi ingat nak kena ragut dah,” katanya.

Isteri kepada aktor Farid Kamil itu berkongsi situasi berkenaan menerusi ciapan dalam Twitter semalam.

Muatnaik berkenaan turut mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang memberi pelbagai reaksi.

“Pernah juga kena macamni, saya bagi lesser amount because that was all I had in my purse. Terus lelaki tu menjerit marah-marah kata tak cukup sebab kena bagi RM56,” .

“Safety first. Islam teaches that,”

“Takpe sedekah tu sunat yang wajib ialah zakat,” balas yang lain.

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*