TIADA kata-kata dapat diungkapkan selain rasa syukur apabila penyanyi popular, Khai Bahar dapat menyambut Aidilfitri di kampung halaman di Kangar, Perlis.
Sebelum itu Khai hanya pasrah apabila dimaklumkan tidak boleh pulang kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Namun, kelonggaran selama empat hari pada 7 sehingga 10 Mei lalu menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dibuat kerajaan dimanfaatkan sebaiknya Khai yang popular menerusi lagu HatiNyawa.
“Alhamdulillah, permohonan saya untuk pulang kampung diluluskan. Saya pun tak menjangka sama sekali. Pada awalnya, saya sudah reda jika kena beraya di Puchong, Selangor, tapi selepas mendapat tahu kerajaan memberikan kelonggaran selamat empat hari, saya terus buat permohonan.
“Rasa gembira dan syukur sangat. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Saya anggap ini rezeki. Jika tidak, sudah pasti sekarang saya menyambut Aidilfitri seorang diri di perantauan, katanya.
Menurut Khai, setibanya di kampung dia terus menjalani kuarantin diri bagi menjamin keselamatan semua pihak.
HARAP peminat terus menyokong biarpun tanpa aktiviti bersama. FOTO Starvilion & Blackpepper Production
Malah, sambutan Aidilfitri kali ini Khai dan keluarga tidak menerima tetamu bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
“Saya tahu risi ko yang perlu diambil. Jadi, sampai saja di kampung saya terus menjalani kuarantin. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Malah, seperti semua maklum, Aidilfitri kali ini cukup berbeza apabila tidak ada aktiviti ziarah-menziarahi. Ini semua bagi mengelakkan sebarang j4ngk1tan.
“Tambahan pula, di rumah saya ada emak yang tak berapa sihat selain anak saudara yang ramai. Jadi, lebih baik beraya bersama keluarga yang ada dalam rumah ini, katanya.
Khai yang muncul menerusi lagu Setanggi Syurga 2020 bersama kumpulan Inteam sebelum Ramadan lalu berkongsi sambutan Syawal kali ini diraikan secara sederhana.
“Aidilfitri kali ini tak sama seperti tahun sebelumnya. Dalam keadaan negara yang masih berper4ng membendung w4b4k c0v1d-19, ia menuntut kerjasama semua pihak.
“Aidilfitri tetap diraikan, tapi dalam suasana cukup sederhana. Baju raya pun pakai saja yang sedia ada. Lagipun, masih ada baju raya yang belum dipakai, katanya.
Tiada sambutan bersama peminat
Seperti kebiasaan sejak menjadi artis, Khai akan terbabit dalam sambutan rumah terbuka bersama kelab peminat, Khai Bahar Empire (KBE).
Namun, acara itu tidak dapat dilaksanakan ekoran arahan kerajaan yang masih tidak membenarkan sebarang aktiviti perayaan, rumah terbuka atau perhimpunan.
“Kalau ikutkan acara rumah terbuka menjadi aktiviti tahunan KBE. Tetapi, tahun ini tak dapat buat. Semua kece wa, tapi demi kebaikan bersama, semua kena akur.
“Kalau ada pengumuman terbaharu yang membolehkan perkara itu, insya-Allah tak ada masalah nak buat. Itu pun atas perbincangan dan persetujuan semua. Selalunya, pengurus dan AJK KBE akan berbincang. Saya ikut saja mana yang terbaik, katanya.
Dalam masa sama, Khai berharap peminat akan terus menyokong kerjaya seninya biarpun tanpa sebarang aktiviti bersama.”
Saya tahu ramai yang tak sabar nak berjumpa di acara. Sejak PKP, saya banyak memuat naik nyanyian semula di YouTube. Sedikit sebanyak mengu bat rindu peminat.
“Selain itu, saya ada juga terbabit dengan beberapa projek dan program TV. Walaupun hanya dibuat secara atas talian, peminat masih boleh mengikuti perkembangan saya.
“Apa pun, terima kasih atas sokongan semua. Insya-Allah, jika semuanya sudah kembali pulih kita pasti akan berjumpa, katanya.
MUNCUL menerusi lagu Setanggi Syurga 2020 bersama kumpulan Inteam sebelum Ramadan lalu. FOTO Starvilion & Blackpepper Production
Sumber : Metro via Soya Lemon
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Leave a Reply