Hafiz Hamidun Secara Rasmi Penjaga Sah Kepada Anak Angkat, “Alhamdulillah, Setelah Lebih 2 Tahun Hamdee Dalam Jagaan.”

Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun memaklumkan dirinya telah mendapat kelulusan hak penjagaan terhadap anak angkat lelakinya, Hamdee Abdul Hafiz.

Hafiz atau nama sebenarnya, Mohammad Hafiz Hamidun berkongsi khabar gembira itu menerusi satu hantaran terkini yang dimuat naik di akaun Instagram.

Selain berkongsi khabar gembira itu bersama peminat, penyanyi berusia 38 tahun ini turut melu4hkan rasa syukur kerana proses berkenaan berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, setelah lebih 2 tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya. Urusan di Jabatan Pendaftaran Negara pun dipermudahkan. Syukur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)

“Terima kasih kepada semua yang terus doakan Hamdee, semoga Hamdee akan terus dapat kasih sayang yang sempurna sampailah dewasa nanti,” tulisnya.

Imbas kembali, Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun mereka berc3rai pada 25 Oktober 2017.

Selepas dua tahun bergelar duda, Hafiz mended4hkan dirinya telah mengambil seorong anak angkat lelaki yang diberi nama Hamdee Abdul Hafiz, pada 10 Mac 2020.

Komen netizen:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*