Penyanyi Wany Hasrita menafikan khabar angin mendakwa dirinya kini sudah selamat bergelar isteri menerusi majlis yang telah berlangsung pada Sabtu (2 April 2022) lalu.
Terkejut dengan desas-desus terbabit, tegas Wany, 30, dia masih berstatus bujang dan belum lagi mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki.
“Sabtu lepas berlangsung majlis pernikahan? Memang tak lah! Mana dengar cerita ni? Tak lah.. tak lah, sumpah tak kahwin lagi.
“Memang terkejut juga ni… tapi hari Sabtu lepas saya ada program pengacaraan Borak Dulu Baru Berbuka, jadi ada alibi.
“Jujur saya katakan, setiap orang mempunyai perancangan untuk kahwin, saya mungkin soon! Dalam masa terdekat tapi bukan sebulan dua ni,” katanya kepada Gempak.
Wany ditemui ketika majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada Rabu memberitahu telah menghadiri kursus pra perkahwinan pada tahun lalu sebagai persiapan awal.
“Kursus kahwin dah lama pergi dari tahun lepas lagi. Kalau ada rezeki, insya-Allah (kahwin) tahun ini. Tapi bukan Ramadan atau Syawal ini.
“Daripada segi persediaan… tak ada apapun. Sampai dah keluar kad kahwin, segalanya sudah lengkap, dah ada tempat dan masanya bila, memang kita akan maklumkan.
“Majlis perkahwinan saya rancang tak mega pun, mungkin hanya akan dihadiri keluarga terdekat walaupun sekarang dah masuk fasa endemik.
Saya masih lagi saya rasa nak majlis intimate dan semestinya akan jemput wartawan. Saya akan kongsikan,” tambahnya.
Enggan membuka kisah tentang identiti jejaka bertuah yang berjaya menawan hatinya, kata Wany dia sudah bersedia dan berharap urusan mendirikan mahligai bahagia dipermudahkan.
“Sejak dilahirkan saya dah bersedia untuk bergelar isteri sebenarnya. Impian saya (untuk berkahwin) bukan dengan orang dalam industri (seni).
Harap kalau ada jodohnya, tercapailah impian.
“Saya dah umur 30 tahun, fasa main-main dah habis. Sudah tentu apabila kita berkawan memang akan pasang niat untuk berkahwin dan bila berkahwin niatnya untuk ke syurga bersama-sama. Sampai tua. Insya-Allah. “
Sesetengah orang dapat jodoh awal, ia berbeza-beza. Apa yang boleh saya katakan, ini sangat baru.
Sampai keluar kad kahwin dan selesai majlis akad nikah nanti barulah boleh lega.
“Nak cakap lebih pun saya sangat takut sebab banyak hati perlu dijaga dan kita pun nak menjaga sebaik mungkin biar (majlis pernikahan) menjadi,” kata Wany lagi.
Ditanya mengenai majlis merisik atau bertunang, Wany memilih untuk tidak bercerita lanjut.
“Tentang merisik dan bertunang, saya cuba sedaya upaya untuk menghormati ramai pihak, biar ia disimpan sesama keluarga.
Dah atau belum biar saya yang tahu,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Wany kini sedang aktif mengacarakan program baharu Borak Dulu Baru Berbuka sepanjang Ramadan dan dalam proses merakamkan single baharu tidak lama lagi.
“Saya belum ada lagi lagu balada yang bahagia. Mungkin boleh keluar serentak dengan majlis (kahwin) saya nanti,” katanya berseloroh.
Sumber : MH
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply