“Jika cukup RM2juta kami akan mulakan…” – Janna Nick Bakal Mulakan Pemblnaan Pusat Tahflz lmpian

Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick kini dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah. Janna berkata, pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu menelan kos kira-kira RM6 juta.

“Semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan. Saya dah lama pasang impian untuk memiliki rumah tahfiz dan anak yatim. Alhamdulillah tak sangka diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.”

“Saya memilih lokasi di Kampung Bukit Kechil kerana di sini tempat saya membesar selain atas kepercayaan penuh AJK masjid yang sememangnya ahli keluarga saya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Setakat sekarang kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas kira-kira 8,000 meter persegi dan tambak tanah.

“Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini adalah RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami akan mulakan pembinaan,” katanya.

Menurut Janna, sebaik sasaran kutipan dicapai pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan.

Walaupun kos untuk menyiapkan pusat tahfiz ini agak besar, tapi saya percaya dengan kuasa sedekah. Insyaa-Allah doakan semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di akhirat,” katanya.

Sumber : B.cari

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber :https://viralbollywoodnews.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*