Hairul Azreen tak pernah rotan anak, hanya tegur dengan pandangan

PELAKON Hairul Azreen memberitahu dia dan isteri iaitu Hanis Zalikha mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, dua orang anaknya iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 3, lebih takut dengannya berbanding isteri.

Bagaimanapun, Hairul berkata, dia tidak pernah menggunakan rotan untuk menghukum jika anak-anaknya melakukan sesuatu kesalahan.

“Sebenarnya anak-anak takut dengan kami berdua terutama mereka takut dengan saya la. Kalau saya tak bagi sesuatu atau naik suara ‘aaa’, nanti mereka takut dan menangis.

Hairul 2

Anak-anak lebih takut dengan Hairul berbanding Hanis.

“Tapi nak cakap mengenai parenting ini, masing-masing mempunyai cara tersendiri. Mungkin cara saya pun tak sama dengan ibu bapa lain. Selalunya, kalau saya marah, Hanis akan pujuk.

“Sama juga kalau Hanis marah, saya pula akan pujuk. Saya tak pernah rotan mereka tapi pernah la cubit atau saya tegur dengan pandangan, mereka akan diam,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Hanis atau nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid memberitahu dia nampak saja lembut namun sebenarnya tegas dalam mendidik dua orang anaknya.

Menurut Hanis, dia mempunyai cara tersendiri dalam mengajar anak agar tidak mengulangi kesalahan.

Dalam pada itu, Hanis memberitahu dia gemar berkongsi mengenai anak-anak di laman sosial kerana beranggapan ia sebagai rujukan di masa akan datang.

“Kami memang share saja tapi mungkin orang baca macam kenapa nak share. Bagi saya, perkongsian itu untuk rujukan saya sendiri untuk anak seterusnya.

Hairul dan Hanis sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.Hanis sentiasa berkongsi mengenai anak-anak di laman sosial.

“Sebab masa selepas lahirkan Yusuf, ada beberapa perkara penting yang saya tak kongsi menyebabkan bila saya lahirkan Alisa, tak tahu nak ambil rujukan dari mana.

“Jadi, kali ini saya banyak kongsikan di laman sosial untuk rujukan sendiri. Sekurang-kurangnya bila saya kongsi, saya boleh cari balik bila perlu.

“Kiranya seperti diari juga la. Kalau orang nak fikir lain itu, tak kisahlah,” ujarnya.

Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem Paskal itu pada Jun 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*