Suasana Rakyat Malaysia Lintasi Sempadan Malaysia-Singapura Buatkan Ramai Sebak

Pembukaan semula sempadan darat Malaysia-Singapura selepas lebih dua tahun ditutup disambut penuh kesyukuran dan kegembiraan buat rakyat negara ini yang bekerja di republik itu.

Mereka juga tidak perlu lagi menjalani kuarantin tujuh hari, sekali gus membolehkan berulang-alik setiap hari seperti sebelum p4ndemik COVlD-19 melanda.

Lebih manis, peluang kembali ke tanah air juga diibaratkan sebagai anugerah terindah, khususnya pekerja beragama Islam selepas hampir dua tahun tidak menyambut Ramadan bersama keluarga tersayang.

Pekerja Malaysia di Singapura, Yan Sofian Mustafa, 36, berkata detik pembukaan sempadan memang dinanti-nantikan kira-kira 200,000 rakyat Malaysia yang berada di negara ini.

Pautan Video 1  :

Pautan Video 2 :

 

“Alhamdulillah, akhirnya pembukaan sempadan menjadi realiti 1 April ini selepas lebih dua tahun kami menanti dengan penuh sabar.

“Sudah tentu ia berita yang menggembirakan buat kami dan keluarga yang sudah lama terpisah, namun diharapkan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diumumkan nanti membolehkan kami berulang-alik setiap hari semula,” katanya yang bekerja sebagai juruteknik.

Kelmarin, media melaporkan Malaysia dan Singapura bersetuju membuka sempadan darat kedua-dua negara bagi pengembara yang lengkap vaksinasi sejajar peralihan kehidupan fasa mendepani endemik COVlD-19.

Dalam kenyataan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya di Singapura, Lee Hsien Loong, pembukaan semula sempadan itu membenarkan semua pengembara lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVlD-19.

Pekerja Malaysia di Singapura yang ditemui di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral, Habbatallah Mohd Bahari, 44, berkata pengumuman itu adalah berita yang paling dinantikannya.

Katanya, sepanjang tempoh sempadan tidak dibuka dia hanya dapat pulang ke pangkuan keluarga sekali saja iaitu kira-kira selepas setahun sempadan negara ditutup.

“Jika betul sudah boleh berulang-alik memang berita paling gembira buat kami dan rakan-rakan Malaysia yang masih berada di sana (Singapura). Kita sudah tunggu pengumuman ini hampir dua tahun, akhirnya berlaku juga,” katanya.

Bagi Mohd Farizuan Abdul Shukor, 29, kelonggaran yang diberikan kerajaan itu juga adalah relevan terutama membabitkan perkara kecemasan.

“Dalam tempoh beberapa tahun ini, kita memang boleh balik, tetapi bukan serta-merta. Bukan juga terus balik tanpa kuarantin. Jadi sekiranya ada masalah kecemasan seperti kem4tian atau sebagainya, kita tidak akan boleh berada di kampung tepat pada masanya.

“Saya mempunyai seorang ibu, jadi jika betul selepas ini tidak perlu lagi kuarantin ia amat melegakan kerana apa-apa terjadi saya boleh terus ke kampung tanpa sebarang masalah,” katanya.

 

 

Sumber : tiktok

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*