“Susahnya nak dapat awak ni..” – Tak Putus Asa, Siti Elizad Jalani Rawatan IVF Kedua

Selepas lebih setahun merehatkan diri, pelakon Siti Elizad kembali menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.

Pelakon berusia 38 tahun itu berkongsi perkara tersebut menerusi satu posting video dalam Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Elizad, dia melakukan rawatan tersebut di lokasi sama serta membawa harapan yang sama selepas lapan tahun sabar menanti kehadiran zuriat tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin)

“Susahnya nak dapat awak ni. Tempat yang sama, harapan yang sama. Insha-Allah soon, journey ke-2. Sedang memilih bulan yang sesuai dan tak busy. Check dinding rah1m dulu pagi ni,” tulisnya yang juga penyampai radio Sinar.

Rakaman berdurasi 49 saat itu memaparkan Elizad melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selain mendengar perbincangan doktor demi memastikan rawatan berkenaan berjaya dengan izinNya.

Rata-rata rakan artis dan pengikut menitipkan doa buat pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu agar proses IV berjalan dengan lancar dan dikurniakan cahaya mata pada masa akan datang.

Terdahulu, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin menjalani rawatan pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun sama.

Sekadar info, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

 

Sumber: Instagram Siti Elizad

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*