“dah boleh pakai baju lama” – 2 bulan PKP Aisyah berjaya turun 21Kg, tak sangka Ini yang diamalkannya

PENYANYI popular Aishah, 55, kini lebih selesa dan gembira apabila berjaya menurunkan berat sebanyak 21 kilogram (kg) dalam tempoh kira-kira dua bulan selepas mengamalkan pemakanan sihat dan berpuasa.

Dalam tempoh itu, Aishah berjaya menurunkan berat badan dari 110kg kepada 79kg dan mensasarkan untuk turun lagi 10kg bagi mendapatkan berat badan ideal.

Menerusi perubahan yang dilakukannya, penampilan penyanyi lagu Janji Manismu ini nampak semakin menarik sama seperti kemunculan awalnya dalam bidang seni.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, memandangkan konsert MPO dan Aishah: A Musical Journey ditangguhkan ke tahun depan, dia masih berpeluang untuk menurunkan lagi berat badan sehingga mencapai berat yang ideal.

“Sekurang-kurangnya saya ada masa untuk lebih berusaha kurangkan berat badan.

Mulanya saya risau berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu kerana asyik kerja makan tidur sahaja.

“Tapi saya kuatkan diri dengan berpuasa. Saya buat begini kerana tahu jika duduk rumah mulut asyik nak mengunyah.

“Selain itu saya juga tak ambil makanan berminyak, gula dan minuman manis dan minuman dalam tin (can drink). Saya lebih suka minum ‘sparkling water’,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Exclusive Face Mask Extender by Aishah X Nazrai Hijabpin baru-baru ini.

Aishah berkata, amalan yang dipraktikkan itu membuatkan berat badannya turun secara drastik.

“Saya boleh mendisiplinkan diri untuk lakukan ini. Pada usia saya, penjagaan kesihatan kena serius. Saya pula ada anak-anak lelaki.

Kasihan mereka kena jaga saya sekiranya saya sakit. Kami sama-sama kena jaga apa yang kami makan.

“Ikutkan hati saya memang suka makan macam-macam. Tak makan nasi tak apa tapi saya makan coklat serta kek dan ia amat bah4ya. Kadang-kadang saya makan juga, namun dalam kadar yang sikit,” katanya.

Aishah berkata, amalan berpuasa dan ‘intermittent fasting diet’ yang diamalkannya dikira memadai untuk menjaga kesihatan selain mengawal berat badan.

“Ketika mula-mula berpuasa saya masih makan nasi apabila berbuka. Namun, apabila banyak makan salad sekarang, ia membantu saya lupakan nasi.

“Sebenarnya saya masih makan nasi tapi bukan dalam kadar yang banyak. Dalam tiga, empat sudu dah kenyang tapi saya lebih sedap makan salad dan buah. Saya juga tak lupa sauna dan berbekam untuk kesihatan. Saya tak ikut sesi kecergasan kerana kesibukan saya lebih lagi apabila berada di rumah,” katanya.

Paling menggembirakan, dia kini mampu menggayakan semula pakaian yang pernah dipakai ketika zaman muda.

“Banyak yang boleh dipakai semula. Kadang-kadang banyak baju lama yang saya simpan sahaja. Ada yang sudah disimpan lebih 15 tahun tapi sekarang dah boleh dipakai semula. Cuma saya masih gagal pakai baju ketika zaman saya bersama Fan Club.

“Mungkin pada masa itu saya belum ada anak. Jadinya bentuk badan ada perbezaan. Namun baju dari tahun 2010 saya sudah boleh pakai. Bahkan saya terkejut kerana lagi longgar berbanding dulu,” katanya.

Aishah pernah melakukan pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik pada awal 2018.

Tindakan ini dilakukan kerana dia bimbang dengan pertambahan berat badannya.

sumber : Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*