Wow Hebat Cef Malaysia!! Satu Lagi Pingat Emas… Kali Ini Nasi Kandar Dapat Pengiktirafan Di Ireland

Sebelom ini seorang rakyat Malaysia dilaporkan telah mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat emas pada Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin, Ireland.

Kejayaan itu diraih oleh Siti Safura Mohd Tawil, 28, menerusi sajiannya, Nasi Lemak Bunga Telang bagi pertandingan kelas masakan Asia-India.

Namun siapa sangka sebenarnya seorang lagi warga Malaysia turut menjulang nama negara dalam pertandingan yang sama.

Cef yang kini berpangkalan di Dublin itu juga memperoleh pingat emas dengan menerusi hidangan yang cukup terkenal di Pulau Mutiara iaitu nasi kandar.

Dia juga turut serta pada kategori pertandingan kelas masakan Asia-India kelas terbuka.

Sijil pingat emas yang diterima Zainal.

Menurut sumber kepada mStar, Chef Zainal Abidin Abdullah, 30, mempertaruhkan sajian p0pular Nasi Kandar Kari Kambing.

“Zainal yang berasal dari Pulau Pinang memasak menu p0pular negeri berkenaan.

“Kedua-dua Zainal dan Siti Safura diumum memenangi pingat emas. Bagaimanapun, Siti Safura mendapat pingat dan trofi, manakala Zainal menerima pingat dan sijil,” ujarnya.

Zainal semasa membuat persiapan semasa bertanding.

Menurut sumber berkenaan lagi, Zainal yang juga bapa kepada tiga anak dan Siti Safura mendapat pingat emas kerana kutipan mata mereka hampir sama.

“Bagaimanapun, bunga telang yang digunakan Siti Safura dalam hidangan nasi lemaknya membolehkan dia mendapat markah tambahan,” katanya.

Nasi kandar bukan sahaja menjadi menu paling popular dalam masyarakat di Pulau Pinang, malah buat sebahagian besar rakyat Malaysia serta tarikan pelanc0ng seluruh dunia.

Sumber turut memberitahu bahawa pingat perak dan gangsa dalam pertandingan itu, masing-masing juga dimenangi oleh rakyat Malaysia.

Zainal (kanan) dan Siti Safura (tengah) menerima pingat emas dalam Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin.

Dalam pada itu, isteri kepada Zainal turut berkongsi kegembiraan di atas kemenangan suaminya menerusi satu posting di halaman Facebooknya.

Menurut perkongsian di halaman Facebook Zafirah Zain, dia menjelaskan bahawa ia bukan kali pertama suaminya menyertai pertandingan itu, malah pernah merangkul pingat perak dalam acara yang sama tahun lalu.

“Alhamdulillah! Tahniah sayang. Pingat emas bagi masakan Asia-India tahun ini. Tahun lepas dapat pingat perak.”

“Satu lagi peristiwa penting dicapai. Semua usaha ker4s berbaloi!” katanya secara ringkas.

 

Pertandingan masakan yang diadakan di Pusat Persidangan dan Acara Citywest di Citywest, Dublin itu diadili barisan panel cef dari Ireland.

 

Sumber : mStar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*