Selepas melahirkan anak yang keempat baru-baru ini, Yatt Hamzah iaitu pelakon dan pengacara tv berkongsi telah menurutkan berat badannya sebanyak 9 kg dalam masa yang singkat.
Perkongsiaan itu sedikit sebanyak membuatkan rata-rata peminatnya teruja akan perubahan itu dan rata-rata meminta Yatt Hamzah berkongsi apa tips yang diguna pakainya.
Namun, melalui perkongsiaan berkenaan, Yatt menyatakan ia sedikit berbeza berbanding melahirkan anak-anak yang sebelum ini. Hal ini berikutan dirinya mengalami masalah kesihatan selepas sahaja bersalin pada 30 Disember yang lepas.
“Bonda turun 9 kg dlm masa 2 minggu ni. ”
“Kali ni lambat sket berbanding anak2 sblm ni sbb ada masalah kesihatan slps shj Bonda bersalin haritu pd 30 Dec 2019.”
“Selalunya lebih 10 kg dlm masa seminggu je..”
Berikutan dengan perkongsiaan ini, rata-rata peminatnya bertanyakan apa rahsia yang digunakan sehingga berjaya menurunkan berat badam dalam 2 minggu serta tidak lupa juga ada yang memuji kecantikkannya kini.
Melalui komen-komen yang diterima yang bertanyakan berkenaan dirinya itu, Yatt sekali lagi memuat naik di laman Instagram dengan berkongsi apa yang menjadi rahsia kepada penurunan berat badannya.
“Mashaallah sejak post gambar berjubah putih smlm ramainya yg tanya apa rahsia cpt kurus muka selim melim bagai.”
“Allahurobbi..Haza min fadhli rabbi..Semua dr Allah .. Tapi jujur Bonda mmg rajin bertungku dr dulu. Tu bukan rahsia tp amalan yg kena rajin buat.”
Sumber : Instagram Yatt Hamzah
Leave a Reply