Zulin Aziz Akui Kesal Apabila Didakwa Lakukan Gimik Mengenai Kesedihannya

Pelakon Zulin Aziz mengakui kesal apabila ada pihak yang mendakwa dirinya sengaja melakukan gimik untuk lancarkan single terbaharunya.

Menurut Zulin, perpisahannya dengan kekasih adalah bukan satu gimik yang dirancang sebaliknya perkara itu benar-benar terjadi.

“Sebabkan orang lain pernah buat gimik sampai benda betul pun dah tak ada siapa nak percaya.

“Menjadikan kesedihan saya sebagai satu gimik adalah satu penghinaan!

“Ada je caci maki saya dapat sejak semalam tapi yang mendoakan saya lebih banyak.

“Saya takkan patah semangat. Tak jadi kahwin bukan bermakna saya kena sedih dan biarkan diri saya terus dibuli. Saya kuat,” tulisnya.

Rata-rata berharap agar Zulin tabah menempuhi ujian ini dan mendoakan agar dia akan mendapat jodoh yang lebih baik selepas ini.

Ahad lalu, Zulin mengesahkan bahawa dia telah berpisah dengan teman lelakinya walaupun telah menyiapkan sebuah lagu untuk kekasihnya itu.

Artikel Berkaitan :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:gempak

Facebook Comments