‘Youtuber’ Grandpa Kitchen Raih 4 Juta Pengikut Hanya Dengan Memasak Untuk Anak Yatim

Sumber: India Tides

Siapa pernah menonton video di saluran Youtube bernama ‘Grandpa Kitchen’? Seorang lelaki warga emas berasal dari Telegana, India yang masih bertenaga untuk memasak walaupun tidak padan dengan fizikalnya. Apa yang paling menyentuh hati, semua masakannya dimasak dalam skala besar akan diberikan kepada anak-anak yatim.

Hasil perkongsian cara dan gaya memasak bersahaja dan menghiburkan itu berjaya menarik 4 juta pengikut dan purata 2.38 juta tontonan untuk setiap video sejak saluran itu diwujudkan pada 2017. Walaupun tiada netizen yang mengenalinya, datuk itu mampu mengumpul penonton setia dengan begitu cepat.

Sumber: Youtube

Terlalu biasa menonton video masakan tetapi lain pula konsep yang dibawakan oleh datuk ini kerana pada permulaan video akan memaparkan slogan, ‘Loving, Caring, Sharing. This is my family.’ Kemudian akan menggunakan pengetahuan bahasa Inggerisnya menerangkan nama resipi dan proses masakan, diakhiri dengan paparan kanak-kanak sedang menikm4t1 makanan dengan perasaan gembira.

Menariknya, dia memasak di kawasan lapang bersama beberapa pembantu lelaki dengan hanya menggunakan kayu api dan setiap hidangan yang disediakan lazimnya untuk keperluan lebih 100 kanak-kanak yatim di pelbagai daerah di India.

Sumber: Imgur

Pelbagai masakan yang telah dimasak dan dipertontonkan termasuk makanan barat dan juga makanan tempatan seperti kari kambing dan nasi beriani. Dia juga menyediakan hidangan kanak-kanak seperti pasta bersama sos tomato, piza dan mi Hakka.

Tidak sekadar memberi makanan kepada kanak-kanak seperti yang dipaparkan dalam videonya, mereka juga memberi bantuan seperti pakaian baharu dan keperluan asas sekolah. Keperibadian datuk ini menyentuh hati netizen dan sering dibanjiri dengan ulasan tanda hormat dan bangga kepada datuk itu dalam setiap videonya.

Ini menunjukkan dunia yang kita diami tidaklah dipenuhi dengan orang yang kejam dan masih ada lagi insan yang berhati mulia.

Sumber: Teal Mango Via Makanlena

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*