“Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami” – Prof Muhaya

Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya “Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. “SALAH MEMILIH SUAMI”. Pakaian tidak mencerminkan agama juga keperibadian. Jangan tertipu dan akhirnya “padan muka aku”.

Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga..”Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata-semata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin. Nampak remeh hal ni tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT.

Ranjau rumah tangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?

Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.

Wahai sang suami, jika kau merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.

“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah..” inshaAllah.

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang mendatang, kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang, kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tapi huru hara pula yang menjelang. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah…

Adakalanya jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan. Lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yg sedang menanti di sebaliknya.

Hakikatnya kita memang tidak pernah tahu apa yg sedang MENANTI kita. Namun YAKINLAH, indah atau tidak, pasti ada kebaikan kedua-duanya. ALLAH hanya memberikan yang terbaik kepada hambanya

Sumber

Facebook Comments