Wanita Ini Kongsi Resipi Red Velvet Cream Puff Kebaboom, Gebu, Sedap & Cantik!

Amboi, cantik berserinya Red Velvet Cream Puff yang Puan Suziyana Ibrahim Yana Sue ini buat. Beliau namakan resipi ini ‘Red Velvet Cream Puff Kebaboom’. Mana taknya memang nampak gebu dan sedap.Digandingkan pulak dengan cream cheese dan fresh cream, tak dapat nak bayang kenikmatan rasanya.Selalu jumpa kek red velvet atau cupcake redvelvet, tapi kali ni cream puff pula.Cuti sekolah ni, boleh lah cuba buat Red Velvet Cream Puff dengan anak-anak nanti.

Ini perkongsian resipi tersebut.

Bahan A

1 ½ cawan air
100 g majerin
Garam secubit(Sebab majerin dah masin)
1 sudu gula

Bahan B

Telur 3 biji

Bahan C

1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 Sudu kecil vanila

* pewarna red pink
*1½ sudu kecil cuka makan

Cara Membuat:

1.Masak bahan A sehingga mendidih kemudian masukkan Bahan C.Kacau laju-laju supaya tidak beketul(pakai senduk pon boleh).Kemudian dah sebati tutup api.
2.Bila dah suam-suam baru masukkan B (telur satu persatu).
3.Kemudian tambahkan pewarna red pink + cuka makan 1½ sudu.
4.Dah sebati bolehlah masukkan kedalam pipping bag dan bolehlah pakai nozel yang buat semperit tu.

Untuk Filling:

Boleh pakai fresh cream dan cream cheese.Putar dulu fresh cream sampai kental kemudian putar pula cream cheese.Baru satukan sekali.

Siap! Selamat Mencuba!

Kredit: Suziyana Ibrahim Yana Sue

Sumber : mingguan wanita

Facebook Comments

Loading…