Wanita Ini Kongsi Resipi Lengkap Kuih Seri Muka Daun Pandan Yang Sering Mendapat Tempahan

Kuih Seri Muka antara kuih Tradisional Melayu yang sering menjadi pilihan dan kegemaran ramai orang. Rasanya pulutnya yang lemak bersantan dengan lapisan hijau aroma daun pandan, menjadikan kuih ini amat sesuai dinikmati pada bila-bila masa, baik ketika sarapan mahupun minum petang. Namun, nak rasai kuih seri muka yang benar-benar menepati citarasa agak sukar. Seringkali kuih seri muka yang dibeli mahupun dibuat kurang berlemak, tekstur keras dan  warnanya pun pucat.

Mak-mak boleh cuba buat kuih seri muka yang sedap, lembut, cantik warnanya ikut resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Nazian Rahman ini. Menurut beliau, resipi ini menggunakan 100% daun pandan dan kuih seri muka ini juga sering menerima tempahan daripada kawan-kawan.

Berikut perkongsian resipinya;

“Kawan call pukul 1 nak seri muka
Pukul 6 pickup.
Alhamdulillah, nasib menjadi walau tak cantik mana.
100 % daun pandan”

Bahan-Bahan (Lapisan Bawah):

  • 500gram Beras Pulut(Direndam sekurang-kurangnya 4 jam)
  • 300ml Santan Pekat (Kakyan guna santan KARA)
  • 300ml Air
  • 2 Sudu Kecil garam halus

Cara Membuat:

Kukus pulut bersama santan selama 30minit, tekan dan padatkan guna loyang 10×10, loyang disapu sedikit minyak dan dilapik dengan plastik berukuran 16×16

Bahan-Bahan (Lapisan Atas):

  • 250gram Gula
  • 100gram Tepung Gandum
  • 20gram Tepung Kastard
  • 400ml Santan
  • 400ml Air +
  • 16 Helai Daun Pandan (Dikisar)
  • Campur secubit kayu manis semasa kisar
  • 4Biji Telur Gred A
  • 11/2 Sudu Kecil Garam
  • Sedikit Pewarna Hijau (Kalau warna pucat sangat boleh letak setitik dua)

Cara Membuat:

  1. Campurkan semua bahan diatas, kacau sebati dan tapis kedalam periuk kukus.
  2. Masak dengan api perlahan hingga naik wap.
  3. Kemudian, tapis sekali lagi,kemudian baru cedok ke dalam adunan pulut.
  4. Tutup dengan Aluminium Foil, Kukus lagi 30 minit sehingga masak.

*Potong kuih guna pisau plastik.

Selamat Mencuba!

Sumber: Nazian Rahman

Sumber: Mingguan Wanita

Facebook Comments

Loading…