[VIDEO] Perlu Lipat Ganda Usaha

Seremban: Kemerdekaan yang dikecapi negara tidak membawa makna jika pentadbiran yang diamanahkan rakyat terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata, usaha perlu dilipat ganda bagi menjadikan negara ini beramanah dan bebas dari segala bentuk amalan rasuah.

Menurutnya, setiap kronologi yang dilalui perlu dijadikan pedoman ke arah memulihkan semula Malaysia yang selama ini dipandang rendah oleh negara luar.

“Sejarah memperlihatkan kemerosotan nilai budaya dan moral berupaya meruntuhkan tamadun dan empayar pemerintahan besar.

“Begitu juga salah guna kuasa dan rasuah yang merosakkan pentadbiran negara.

“Mari bina semula negara yang bersih dengan penuh integriti,” katanya berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini, semalam.

ANGGOTA tentera melafazkan ikrar pada sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Sembilan di Dataran MPS, semalam.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan.

Turut berangkat pada majlis itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Selain itu, Aminuddin berkata, Malaysia tidak terlepas ancaman serta cabaran yang memperlihatkan penjajahan minda berlaku ketika ini.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:hmetro

Facebook Comments