(Video) “Nak ikut mak..” -Comel! Gelagat spontan TokTi bermanja dengan Mak sebelum konsert bermula

“Nak ikut mak.” -Comel! TokTi sempat lagi bermanja denga ibu sebelum konsert bermula. Seluruh Malaysia terutamanya peminat penyanyi nombor satu negara telah menantikan persembahan dari Siti Nurhaliza. Malam kelmarin berlangsungnya konsert jelajah #SitiNurhalizaontour di Axiata Arena.

Tak sangka, walaupun telah lama Tok Ti menjadi penyanyi, pembukaan konsert yang cukup memukau dengan lagu ‘Bardasila’ ternyata membuat para penonton seakan dipukkau dengan kemerduan penyanyi bersuara emas itu. Setiap satu kejayaan yang dimiliki TokTi itulah adalah berkat doa seorang ibu yang sentiasa menyokong karier anaknya yang tersayang.

Tok Ti Manja dengan Mak

Kakak ipar Tok Ti telah upload video di IG, memaparkan suasana sebelum konsert bermula TokTi.

Kelihatan Tok Ti sempat bermanja dengan ibunya setelah satu sesi fotografi bersama.

Tindakan spontan itu nyata mengundang gelihati di kalangan penonton. Terserlah sisi manja seorang penyanyi kesayangan ramai ini.

VIDEO :

Sikap manja TokTi jelas kelihatan, ternyata walaupun dirinya kini boleh dikatakan sebagai lagenda dalam industri nyanyian namun dia masih meletakan restu orang tua paling utama.

Ini terbukti bila setiap ucapan pasti diutamakan ucapan penghargaan buat kedua ibu & juga arwwah bapanya Allahyarham Tarudin Ismail.

20 tahun lalu, di lokasi yang sama

 “Konsert pertama saya diadakan pada 1999, 20 tahun lalu, di lokasi yang sama. Ketika itu saya berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun, saya berimpian untuk mengadakan konsert pertama.

Tambahnya lagi,

“Di situlah bermula kisah saya bersama Pak Ngah. Beliau menjadi pengarah persembahan bagi Konsert Siti Nurhaliza Live. Kenangan itu sangat istimewa, dan malam ini saya buat ‘throwback’ menghargai karyanya.

Jasa  Allahy4rham Adnan

“Malam ini juga saya gembira kerana keluarga Allahyarham Adnan turut hadir. Saya takkan lupa jasa arwwah dan isterinya,” kata Siti yang pernah mengeluarkan 25 album dan 250 lagu.

Terdahulu Siti memulakan siri jelajahnya di Jakarta, Indonesia pada 21 Februari dan Singapura (2 Mac). Terharu dengan sambutan diterimanya sepanjang tiga konsert siri jelajahnya, Siti mengaku dia menangis sebelum melangkah masuk ke pentas.

Penyanyi bersuara emas itu juga terpaksa memujuk diri kerana bimbang tidak dapat menyanyi dengan baik, sepanjang konsert.

Sumber: Instagram Rozi, OhMedia  & BH Online via celotehsaje

Lagu Jaga Dia Untukku’ buat ramai sebak, Siti imbau insiden Datuk K kema langan.

LAGU Jaga Dia Untukku nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019 undang sebak lebih 10,000 penonton yang hadir di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Sabtu.

Sebelum menyanyikan lagu tersebut, Siti sempat mengimbau pengalaman menjaga suami, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa yang mengalami kemal angan motosikal di New Zealand pada tahun 2013.

Siti berkata, ia merupakan peristiwa yang memberi kesan mendalam buat dirinya sehingga ia diabadikan dalam lirik Jaga Dia Untukku.

“Lagu ini digubah berdasarkan kejadian sebenar iaitu insiden yang berlaku kepada suami beberapa tahun lalu dan ia memberi kesan mendalam kepada saya.

“Disebabkan kejadian itu, empat bulan saya berhenti nyanyi untuk menjaga suami yang kemal angan motosikal di New Zealand.

“Saya jaga dia sehingga sihat… Peristiwa itu sangat istimewa pada saya,” ujarnya.

Memukau… Persembahan seleksi lagu tradisional mendapat sambutan hebat penonton. 

Pada konsert penutup jelajahnya itu, Siti menghiburkan peminat selama dua jam setengah menerusi 22 buah lagu terbaiknya yang turut dinyanyikan oleh penonton yang hadir.

Dalam pada itu, Siti turut meluahkan rasa simpati dan meminta semua penonton bertafakur bagi mengenang semua mangsa kejadian pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang, Johor dan tragedi di New Zealand.

Siti kemudiannya memulakan segmen pertama konsert itu dengan seleksi lagu-lagu tradisional ciptaan komposer terkenal Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah sebagai tribute kepada Allah yarham.

Antara lagu tradisional ciptaan Pak Ngah yang dinyanyikan ialah Badarsila, Joget Berhibur, Joget Kasih Tak Sudah, Nirmala, Balkis, Hati Kama dan Cindai.

Segmen seterusnya, Siti mengimbau pula perjalanannya ketika memulakan langkah ke industri muzik dengan bantuan komposer Allahyar ham Adnan Abu Hassan.

Menurutnya, Allahya rham antara individu yang banyak membantu pada awal kerjayanya termasuk pernah menumpangkannya di rumah setiap kali dia mempunyai aktiviti seni di Kuala Lumpur.

“Arw ah datang ke kampung saya Kuala Lipis dan meminta kebenaran daripada Allahya rham bapa saya untuk membawa saya menjadi penyanyi rakaman.

“Bermula daripada situ, Allahyar ham memberi saya tumpang di rumahnya setiap kali saya datang dan ada kerja di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Siti menghiburkan peminat selama dua jam.

Pada segmen itu, Siti menyanyikan lagu hitnya berjudul Jawapan Di Persimpangan, Jerat Percintaan dan Wajah Kekasih.

Selain itu, Siti turut menyampaikan beberapa buah lagu daripada album Transkripsi khas buat peminat setianya secara medley.

Axiata Arena bertukar gamat apabila Siti tampil dengan segmen Unplugged untuk menyanyikan barisan lagu popular dan kegemaran peminat seperti Si Comel Pipi Merah, Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Aku Cinta Padamu dan Purnama Merindu.

Siti Nurhaliza On Tour 2019 turut diserikan dengan penampilan dua penyanyi undangan iaitu Tulus dan Yura Yanita dari Indonesia manakala pendatang baharu, Natasya Saas tampil pada segmen pembukaan konsert itu menerusi dua buah lagu.

Konsert itu turut dihadiri oleh beberapa artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Khai Bahar, Lan Solo, Siti Elizad dan Jihan Muse.

Sebelum Axiata Arena Kuala Lumpur, Siti telah menjayakan konsert jelajahnya di Indonesia dan Singapura.

Sumber:citemelaya via rojakdaily

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Facebook Comments