[VIDEO] Jantung Anak Lana Nordin Terhenti 10 Minit!

PEMBED4HAN jantung akibat mas4lah injap (Aortic Stenosis) membabitkan anak kedua pelakon, Lana Nodin iaitu William Daud Mckienzie, dua bulan ditangguhkan selepas jantung bayi itu terhenti selama 10 minit.

“Anak dibawa ke bilik pembed4han jam 2.30 petang tadi. Ketika persediaan pembed4han dibuat, secara tiba-tiba jantung anak berhenti.

“Kemudian doktor memberikan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR). Selepas beberapa minit, jantung anak kembali berfungsi.

“Selepas itu, anak terus dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) bagi pemantauan rapi selama 48 jam. Jadi, pembed4han anak tak boleh dibuat hari ini,” katanya.

Lana berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anaknya.

“Hanya Allah saja tahu perasaan saya apabila mendapat berita yang disampaikan suami. Ketika itu saya sedang solat.

“Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan. Saya juga mengharap bantuan orang ramai untuk sama-sama mendoakan anak,” katanya.

Terdahulu, anak kedua Lana dan suaminya, Mohd Daud McKienzie dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara (IJN), di sini, semalam sebelum menjalani pembed4han yang dijadual petang tadi.

“SETIAP kali anak menangis, saya akan turut menangis. Memang sedih sangat. Tak sampai hati pula melihatnya. Saya pula tak boleh menyusukannya sebab anak kena berpuasa sebelum menjalani pembed4han petang ini.”

Itu kata pelakon Lana Nodin mengenai keadaan anak keduanya, William Daud Mckienzie, dua bulan yang bakal menjalani pembed4han jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana mas4lah injap (Aortic Stenosis).

Lana, 40, atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin berkata, anaknya mula berpuasa sejak jam 8 pagi tadi dan masih menunggu giliran bagi proses pembed4han.

Katanya, semalam anaknya dimasukkan ke w4d untuk menjalani pemeriksaan dan pagi tadi dia sudah mula berpuasa.

“Setiap kali dia terjaga mesti menangis sebab lapar. Kebiasaannya saya akan menyusukannya sejam sekali. Tetapi hari ini tak boleh.

“Sebagai ibu tentu saja saya sedih melihat keadaannya. Rasa tak sanggup. Mujur ada suami menemani jadi kami boleh bergilir jaga anak.

“Malah sejak semalam saya tak lena tidur sebab mengenangkan nasib anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Katanya, dia juga gementar menunggu pembed4han itu dan hanya mampu berdoa semoga segalanya dipermudahkan.

“Terima kasih kepada semua keluarga, kenalan dan peminat yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan mendoakan anak saya,” katanya.

Menurutnya, selepas menjalani pembed4han anaknya akan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi pemantauan lanjut.

“Insya-Allah, jika tidak ada sebarang komplikasi anak akan ditempatkan di w4d biasa. Sebelumnya kena masuk ICU dulu untuk satu malam.

“Selepas itu, anak perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi memastikan injap jantung berfungsi dengan baik dan pemantauan juga berterusan hingga dia besar,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur kerana masalah dihadapi anaknya tidak seteruk bayi dan kanak-kanak lain yang menghidap penya4it jantung.

“Apabila melihat ibu bapa lain yang sangat kuat, saya juga kena jadi seperti mereka. Saya tak boleh lemah semangat.

“Walaupun anak tak sempurna macam bayi lain, tapi saya bersyukur dugaan tak seberat orang lain. Apa diharapkan, semoga anak sembuh dan membesar dengan baik,” katanya.

Lana turut mengajak orang ramai untuk menderma di Yayasan IJN bagi membantu bayi dan kanak-kanak pes4kit jantung.

“Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung Yayasan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.

“Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembed4han,” katanya.

VIDEO :

Sumber : Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*