[VIDEO] Gelagat Bayi Yang Sedang Tidur Terus Bangun Untuk Menari Bila Dengar Lagu Bruno Mars. Sungguh Menghiburkan!

Seorang bayi comel bernama Christian ini sudah hampir tertidur. Tetapi, sebaik sahaja dia mendengar lagu Bruno Mars bertajuk Runaway Baby dimainkan, bayi ini tidak mampu menahan keterujaannya untuk bangun dan menari dengan penuh bersemangat.

Menurut bapanya iaitu Walter Piper, “Beginilah cara kami mengejutkan anak lelaki kami setiap pagi. Ia seperti butang suis.”

Comel betul gelagat bayi lelaki ini. Pantang dengar lagu tersebut dimainkan, bayi ini akan bingkas bangun untuk menari.

Suka betul dia dengan lagu nyanyian penyanyi bersuara lunak, Bruno Mars ini. Lihatlah bagaimana seronoknya dia menari.. Begitu bersemangat sekali!

Amacam korang? Comel ke tidak bayi ini?

VIDEO :

Sumber: BLes InspiradorWalter Piper/Youtube

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:erabaru

Facebook Comments