‘Ustaz Hamadi’ Jawab Persoalan Kenapa Beliau Belum Berkahwin Di Usia 43 Tahun. Rupa-rupanya Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu..

Azhan Rani reda jika tiada jodoh

“SOAL jodoh, rahsia Allah. Buat masa ini, apa yang sudah tertulis, saya belum bertemu jodoh,” kata pelakon Azhan Rani, 43.

Pelakon yang kini popular menerusi drama bersiri Nur 2 ini berkata, setiap manusia itu sudah ditetapkan Allah perjalanan hidup sendiri dan masing-masing sudah ada bahagiannya.

“Walaupun suatu ketika saya pernah rancang nak hidup bahagia seperti orang lain tetapi perancangan manusia takkan dapat mengatasi aturan Allah. Pada usia melewati 40-an ini sebenarnya Allah sudah memberi kesedaran kenapa masih tidak memiliki isteri dan anak lagi.

“Semuanya bersebab dan yang penting perkara ini (perkahwinan) tidak lagi menjadi tekanan kepada saya kerana sudah reda,” katanya.

Azhan berkata, dia melihat ada tugas dan tanggungjawab lebih besar buat dirinya daripada terus memikirkan soal jodoh dan perkahwinan.

“Namun, seandainya saya masih ditakdirkan dapat bertemu jodoh juga, hanya rasa bersyukur mampu diucapkan.

“Bagaimanapun, jika di dunia ini saya tidak bertemu jodoh hingga ke akhir hayat, saya tetap yakin Allah pasti menjanjikan yang lebih baik di sana (akhirat) nanti. Saya reda,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai wataknya sebagai Ustaz Syed Hamadi dalam Nur 2 yang kekal dengan watak jahat, Azhan selesa berpandangan positif.

“Saya tahu komen penonton yang masih melihat perangai Syed Hamadi tidak berubah serta dilabel syaitan, itu bermakna lakonan dipersembahkan berkesan.

“Apapun, itu sekadar lakonan yang mana segala yg baik itu diambil sebagai iktibar dan sebaliknya pula dijadikan sempadan,” katanya.

Drama Nur 2 arahan Shahrulezad kini ditayangkan di Slot Samarinda TV3 jam 10 malam. Selain Azhan, ia dibintangi Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah, Fatimah Abu Bakar dan Azar Azmi.

Sumber: HarianMetro

(Video) “Teruk Anak Aku Meraung,” Lakonan Mantap Azhan Rani Beri Impak Emosi Sampai Penonton Cilik Ini Terkesan..

Nama pelakon Azhan Rani semakin menjadi bualan apabila karakter antogonis yang dibawa menerusi drama siri Nur menjadi perhatian.

Memenangi Anugerah Pelakon Antogonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru membuktikan lakonannya ternyata memberi impak kepada penonton.

Walau bagaimanapun, kehebatannya lebih terserlah apabila meruntun hati penonton yang menyaksikan cerekarama Restu Ayah yang menampilkan dirinya dalam sisi yang berbeza.

Bukan sahaja orang dewasa, penonton cilik turut terkesan dengan watak yang disampaikan menerusi slot malam tadi.

Cerekarama Restu Ayah menceritakan kisah seorang anak, dilakonkan oleh Raja Atiq yang sudah biasa dimanjakan ibu bapanya, namun suatu hari, insiden hebat berlaku hingga menyebabkan ibunya terkorban manakala ayahnya mengalami ketidakupayaan fizikal.

Masih muda untuk melalui semua itu, Azlan menuduh ayahnya sebagai punca sehingga tercetus dendam dan am4rah.

Azhan sendiri melalui Instagram miliknya turut berkongsi rasa sebak, kerana tidak menyangka mendapat sambutan sehebat itu daripada para penonton terutama kanak-kanak.

View this post on Instagram

sebab aku dah tau cerita takde la aku beria nau nak sedih.. tapi scroll dm kat ig tadi ini antara respond yang aku dapat.. macam ni sekali rupanya ya.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia.. semoga keinsafan ini sampai ke lubuk hati buat yang bergelar seorang anak.. ayah dan ibu hanyalah pinjaman Allah SWT.. bukan milik kita yang kekal.. aku sendiri tak dapat luahkan dengan kata2 macam mana saat menerima pemergian arwah abah dulu.. tak pernah hilang rasa rindu sampai hari ni. kita tak akan punya cukup masa untuk berbakti pada mereka.. selagi@mereka masih ada usah sia2kan peluang untuk syurgamu bahagia.. semoga anak2 ini menjadi anak yang soleh nanti.. amin.. sekarang aku tengok video ni aku yang nak teriak.. tq atas feedback.. maaf mana yang tak sempat saya balas.. isnin depan jangan lupa #jomkecamayahaji #jomkecamamirul #nur2 @tv3malaysia

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia

Sumber: Twitter Naquib, Eleanakamal, Instagram Azhan Rani via siakap keli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Facebook Comments