UPDATE!! Anak Uji Rashid, Cico ‘ DI-TIKAM ’ di bahagian LEHER dan OTAK-nya

Mungkin ramai yang ingin tahu perkembangan Cico yang difahamkan telah dianiaya sehinggakan dia sakit termasuk sukar untuk bercakap. Cico atau nama sebenar Cico Harahap.

Cico yang sering ditemui di salah sebuah pusat kecergasan bersama ibunya artis popular 70an, Uji Rashid sempat bertemu dengan penulis Kaki Share untuk mengetahui perkembangan terbaru Cico.

Bertanya mengenai keadaan kesihatnnya, Uji kini menjalani rawatan Islam dan selain akan membawa Cico ke Hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Walaupun Uji agak terkesan dengan musibah yang terjadi pada anaknya namun dia redha sehinggan Uji masih belum menemui jawapan motif mereka tidak bertanggungjawab buat sesuatu yang tidak baik Cico.

“Saya tidak tahu apa niat mereka sehingga sanggup buat begitu terhadapnya,” kata artis veteran Uji Rashid mengenai keadaan kesihatan anaknya, Cico Harahap.

Rasa sayu bila lihat keadaan Cico yang lebih banyak menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi bersama anak dan ibunya.

Kali terakhir Uji mendengar suara Cico seperti normal sebelum dia meminta kebenaran untuk keluar bersama teman-temannya.

Sejak dari saat itu Cico tidak pulang dari rumah dan sudah dihubungi berkali-kali namun tidak berjawab.

Menurut Uji, Cico pulang ke rumah terus ke bilik dan tidur sehinggakan dia sendiri tidak menyangka anaknya dalam keadaan tidak normal.

Disebabkan Cico tidur terlalu lama dan tindakan Cico berdiam selepas ditanya berkali-kali buatkan Uji merasa sangsi.

Uji mendakwa Cico tidak kenal anaknya Rindu Norfitrah yang kini berusia lapan tahun.

“Saya berkali-kali bertanya pada Cico apa yang terjadi malam sebelumnya sehingga dia tidak kenal anaknya sendiri ( Rindu Norfitrah), tapi Cico tetap tidak berkata apa-apa”

loading...

Uji berkata, dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang.

Cico di tawarkan untuk berubat bersama rakan silatnya untuk menjalani rawatan dengan tukang urut dari Batam.

Semasa rawatan berurut, tukang urut itu mendakwa Cico ‘ditikam’ di bahagian leher dan otaknya sehinggakan Uji tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku terhadap anaknya.

Selepas diselidik, Uji dapat tahu Cico ditimpa malang oleh seseorang yang meletakkan racun dalam minumannya sehinggakan Cico jatuh sakit.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di tempat kejadian tetapi saya dapat tahu ia hanyalah minuman biasa yang diletakkan racun.”

Sehingga kini Cico menjalani rawatan secara Islam di beberapa lokasi seperti di Mantin dan sekitar Sabah. Selain itu Cico juga menjalani rawatan terapi dan menjaga diet pemakanan yang teratur bagi memulihkan kesihatannya.

Antara yang sudi membantu mengubati Cico ialah pelakon Ashraf Muslim dan berapa teman-teman lain.

“Ashraf suruh dia berzikir ingat Allah dan banyak membantu Cico untuk memulihkan kesihatannya. Alhamdulillah perubahannya semakin banyak,” katanya.

Uji turut berterima kasih dan terhutang budi pada beberapa orang individu yang banyak membantu Uji dengan memberi semangat serta usaha bagi memulihkan Cico.

“Terima kasih kepada Ustazah Sharifah Khasif, Dyg & keluarga, Datin Naini, Datuk Inchun, Dato’Hashim, Ustaz Amin dan keluarga, Cikgu Hadi , Shamsul & team, Azman & friends, Acong, Marya, semuanya yang berada di HUKM, who made me realize the light at the end of the tunnel, saw Allah showing all of us.”

“Tak lupa juga pada rakan-rakan media dan blogger yang mengenali Cico kerana tak henti-henti memberi sokongan,” tambah Uji sebelum mengakhiri bicara.

Semoga Cico cepat sembuh.. Aminnn

loading...

Sumber – Kaki share

Facebook Comments