Tular anak pakai uniform polis, ibu habiskan ratusan ringgit untuk ‘Inspektor Matin’

Baru-baru ini, gambar seorang kanak-kanak lelaki yang memakai pakaian seragam polis menjadi tular di laman media sosial.

Ia menjadi perhatian apabila kanak-kanak itu, Matin Hilman menunjukkan riak wajah garang yang tidak ubah seperti seorang anggota polis.

Menurut laporan mStar Online, anak kepada Koperal Muhamad Hafizi Mat Deris itu berada dalam mood yang tidak baik ketika gambarnya dirakam.

Ini kerana kanak-kanak berusia empat tahun itu terpaksa bangun awal pagi bagi menghadiri acara perbarisan sempena sambutan Hari Polis yang ke-212 minggu lalu.

“Muka dia agak masam sebab bad mood bila kami kejutkan dia bangun pukul 6.15 pagi untuk ke IPD Dungun.

“Mungkin dia tak cukup tidur dan tak sempat sarapan. Bila dah sampai sana, ramai pula yang tegur dia,” kata ibunya, Khairah Mohamad.

Suri rumah itu berkata, uniform berkenaan dibuat istimewa untuk Matin apabila tukang jahit mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menyiapkan tempahan mengikut ukuran badan anaknya.

Kos perbelanjaan pula melibatkan sebanyak RM250 termasuk baju, seluar, kasut dan aksesori bagi menghasilkan penampilan seorang inspektor yang sebenar.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, anaknya juga suka berkawad apabila melihat suaminya memakai uniform polis.

Walau bagaimanapun, dia dan suaminya tidak memaksa Matin untuk memilih karier yang diminati apabila meningkat dewasa nanti.

Sumber : mStar Online via MakcikBawang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*