‘Tolong Buang Sikap Keakuan & Pentingkan Diri’ – Aznil Nawawi

KUALA LUMPUR: Personaliti televisyen dan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi menyeru golongan muda supaya mengikis sikap keakuan dan pentingkan diri untuk terus mempertahankan keharmonian negara.

Dia yang mesra disapa Pak Nil berkata, erti kebebasan yang selama ini dilaungkan tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya masyarakat enggan menyelami dan menghayati perjuangan insan terdahulu.

“Sikap negatif itu menjadi penghalang dalam memupuk keharmonian masyarakat. Sejauh mana kemajuan yang dicapai, tetapi jika kita masih bersikap seperti itu, ia tidak akan memberi sebarang makna.

“Hayati makna kemerdekaan dan cuba semaikan semangat kekitaan dalam diri. Tanamkan di minda supaya sentiasa menggunakan perkataan ‘kita’ dan ‘kami’ dalam melakukan aktiviti harian.

“Insya-Allah, saya percaya, perlahan-lahan kita akan lebih menghargai dan menghorm4t1 insan sekeliling kerana setiap kita mempunyai peranan masing-masing dalam masyarakat,” katanya.

Aznil yang juga calon awal Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 berharap, masyarakat lebih peka terhadap manfaat media sosial dan sentiasa menggunakannya untuk tujuan positif.

“Di laman sosial, ramai yang menulis, membuat rakaman video dan lagu mengenai perpaduan. Namun, hakikatnya ia hanya mainan bibir kerana masih ramai yang seolah-olah cuba mencabar keharmonian dan perpaduan masyarakat.

“Saya hairan mengapa masih ramai yang bersikap seperti itu? Dalam apa juga tindakan kita, cuba horm4t1 dan fahami hak untuk masyarakat menikm4t1 hidup dalam suasana harmoni. Jangan gadaikan perjuangan orang lama untuk kepuasan diri,” katanya.

Aznil berkata, semangat cinta dan sayangkan negara perlu dipupuk sejak kecil, malah kanak-kanak juga perlu sentiasa diingatkan bagaimana sukarnya pejuang terdahulu berusaha membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.

“Anak muda sekarang tidak melalui zaman sukar. Apabila lahir, segala-galanya sudah tersedia di depan mata membuatkan mereka tidak begitu menghargai nikmat kebebasan yang dicapai.

“Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus mengekalkan kemerdekaan ini. Sentiasa tanamkan dalam diri setiap kita mempunyai peranan penting yang perlu dimainkan sebagai anggota masyarakat ,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:bharian

Facebook Comments