“Tarik Rambut? Tarik Telinga Smpai Berdrah? Awak Ustazah Kot!” Abby Abadi

Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi berkongsi cerita mengenai kejadian seorang pelajar perempuan sekolah tahfiz yang diberi layanan kasar oleh seorang ustazah yang bergelar warden.

Abby berkongsi cerita ini menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Semalam punya cerita. Hari ni baru sempat nak cerita. Ambil @marissadaniaaaaa_ balik cuti, tapi sebelum tu jumpa dulu Ustazah yang jaga di asramanya. Alhamdullillah yang baik-baik saja tentang si cantik lawa manis Mama ni. Hafazannya baik, akademiknya baik. Perangai pun baik hehehe.. Semoga kekal kebaikkan tu sampai besar ye adik ye.

“Ada satu cerita menarik, lepas balik dari ambil Dania. (terpaksa rombak sikit jalan cerita bagi menutup aib). Kami tak balik terus, sementara suami pergi solat jumaat, kami singgah makan.

“Jumpalah seorang hamba ALLAH ini. Dan berceritalah dia. Katanya anak saudara dia duduk asrama juga (tahfiz). Baru-baru ni anak saudara dia dijeritkan sewaktu mandi oleh ustazah warden, bergegar pintu bilik air di ketuk ustazah warden tu sebab katanya ustazah tu tak puashati kenapa anak saudaranya tak solat jemaah.

“Walhal anak saudaranya dah bagitau, dia istihadah. Kalau duduk asrama, siapa istihadah boleh solat sendiri (Tau tak istihadah ni apa? Priod lebih 15 hari). Ustazah warden tu sungguh-sungguh tak percaya plus tak puashati agaknya sampai tarik rambut anak saudara dia, tarik telinga sampai berdrah.

“Menangis teresak-esak budak tu & dipujuk oleh kawan-kawannya yang ketakutan tengok ustazah warden yang macam naik hantu tu. Isunya disini, budak tu dah bagitau dia istihadah, kenapa perlu buat anak orang sampai macam tu? Tarik rambut? Tarik telinga sampai berdrah? Awak ustazah kot!

“Budak tu dalam proses belajar nk jadi ORANG, kenapa ustazah warden tu macam kaklong kawasan perangainya? Kan bayar mahal yuran sekolah tu? Kenapa berani sangat sampai macam tu? Kalaulah budak tu ada penyakit, tiba-tiba ustazah tu kasar-kasar dengan dia, m4ti budak tu macam mana? Tak pasal-pasal je kena tangkap nanti. Beringat sikit.

“Dipendekkan cerita, saya dimaklumkan malam tadi mak pak budak tu dah call sendiri ustazah tu & tanya kenapa dan kenapa.. Boleh ustazah tu jawab.. Dia difitnah… Aduhai Ustazah warden, ramai budak-budak lain kat situ.

“Masa awak gegar pintu bilik air tu pun dalam bilik air tu pun bukan budak tu sorang. Fitnah apanya? Buat berani, ngaku jelah. Bagitahu je Saya gngster kampung pisangkan senang?

“So kawan-kawan yang ada disini, nak tanya pendapat.. perlu didiamkan saja hal ni (konon untuk tutup aib ustazah warden tu) atau panjangkan pada pengurusan?” luah Abby panjang lebar.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Abby meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu terbabit.

Netizen juga beranggapan kelakuan ustazah itu harus dipanjangkan kepada pengurusan dan diperhalusi oleh pihak yang sepatutnya.

Kredit astro gempak via Detikberita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*