[VIDEO] Kelakar! Disangka Lelaki Lembut, Bahu Shukri Yahaya Ditepuk Seorang Pakcik

Memang kelakar melihat video berdurasi 20 saat yang dirakamkan ketika Syukri Yahaya sedang menjalani penggambaran di lapangan terbang.

Ketika itu Shukri memakai seluar ketat berwarna pink dan mungkin sedang melakonkan watak sebagai seorang lelaki lembut.

Menurut anak kepada lelaki tersebut yang menggunakan twithandle @Ieydaa31_ di twitter, video ayahnya menepuk Shukri Yahaya di KLIA menjadi tular dan memohon maaf kepada Shukri di atas tidak kesengajaan itu.

“Video Abah tepuk Shukri Yahaya di KLIA. Ingat takde orang rakam. Hadoi. Kepada Shukri Yahaya abah aku minta maaf sebab kacau. Abah aku tak tahu tengah berlakon.

Shukri turut membalas kembali twit tersebut dengan menyatakan “kirim salam abah awak. Abah awak terbaik.”


Menurut Ieydaa lagi, ayahnya tidak mengenali Syukri Yahaya.

“Tak tahu, lepas dia tepuk dan bagitau saya dan family yang dia tepuk pondan, dan saya pergi tengok orang yang dia tunjuk barulah dia tau yang Shukri tu pelakon dan tengah shoot lepas saya tunjuk insta Shukri Yahaya. Dan dia nak minta maaf tapi masa tu Shukri tengah busy shoot lagi sehingga waktu flight kita orang tiba.

VIDEO:

Kredit Gambar: Instagram @shukriyahaya
Kredit Video: Instagram @migonline

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:gempak

Facebook Comments