Shuk rindu Alvin Chong ke tuu? Kesian Sean Sampai Merajuk

Program realiti hiburan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) telah kembali dengan musim kedua di TV3 bermula 23 Jun lalu pada setiap Ahad pada pukul 9.00 malam.

Menariknya dalam musim kali ini bukan sahaja mengekalkan Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sebagai ‘penyiasat tetap’ malah pengacara nya, Shuk Sahar turut dikekalkan. Namun begitu, tempat seorang lagi pengacara iaitu Alvin Chong kini telah digantikan dengan pendatang baharu, Sean LJE.

Baru-baru ini tular video mengenai pengacara rancangan tersebut iaitu Syuk tersalah sebut nama ‘partner’ nya dengan nama ‘Alvin’ iaitu rakan hosnya musim pertama.

Sean yang perasan namanya tersalah panggil seolah-olah ‘Merajuk’ dan bertindak meninggalkan set buat seketika kemudian kembali setelah dipujuk oleh Syuk. Hal tersebut juga menimbulkan keriuhan dalam rancangan tersebut kerana terhibur dengan gelagat Syuk yang sempat ‘Cover’ dengan mengatakan orang yang bermata sepet adalah semuanya nampak sama.

Jika sebelum ini Mark Adam pernah memanggil Sean dengan Panggilan ‘Joshu’ dan kini giliran Syuk pula yang menanggil Sean dengan nama ‘Alvin’. Ekoran daripada itu ramai yang turut membuat kesimpulan bahawa Syuk masih tidak boleh ‘Move On’ dengan rakan hos terdahulu.

Artikel terdahulu :

Saya tidak ‘sailang’ sesiapa – Sean LJE

PENGACARA dan pelakon Sean LJE menafikan dakwaan wujudnya isu ‘mencaras’ pelakon Alvin Chong susulan pelantikannya sebagai pengacara baru program realiti hiburan, I Can See Your Voice 2 (ICSYVMY2).

Sean ketika ditemui berkata, dia menganggap tawaran terbabit sebagai rezeki dan kelainan yang ingin dibuat pihak produksi.

“Saya tidak ‘sailang’ sesiapa. Tawaran ini datang secara baik dan saya menerima tugasan ini sebagai satu cabaran baru.

“Saya percaya masing-masing mempunyai kekuatan sendiri dan mungkin pihak produksi ingin mencuba sesuatu yang baru pada musim ini,” katanya.

Menurutnya, tiada keperluan untuk dia memberitahu Alvin mengenai tawaran terbabit memandangkan masing-masing faham dengan rezeki yang diterima.

“Hubungan saya dan Alvin baik. Kami berkawan dan tiada apa-apa masalah.

“Ketika menerima tawaran ini saya tidak maklumkan padanya kerana percaya dia pun faham perkara ini.

“Kami saling menghorm4t1 dan tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya terima rezeki yang datang,” katanya.

Ditanya mengenai pengalaman pertamanya mengacarakan program ICSYVMY2 bersama pengacara Shuk Sahar, Sean berkata, dia mengaku cuak namun semuanya berjaya diatasi dengan baik.

“Ini adalah pengalaman pertama saya mengacarakan program berbentuk sebegini. Saya tidak pernah mengendalikan program yang ada tetamu serta artis undangan.

“Jujur agak gementar pada mulanya tapi berkat sokongan pihak produksi serta rakan artis yang terbabit saya semakin menyesuaikan diri dan berjaya mengatasinya,” katanya.

(ICSYVMY2 kembali untuk musim kedua bermula 23 Jun ini pada setiap Ahad, jam 9 hingga 10.30 malam di TV3.

Program yang mengambil konsep dan format program asal dari Korea Selatan oleh CJ ENM itu bakal menampilkan penyanyi misteri bersama barisan artis jemputan tanah air sepanjang 13 minggu bersiaran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Sumber: Instagram hotfm976 via hmetro

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*