Shiha Tidak Cepat Melatah Apabila Diminta Putuskan Hubungan

KUALA LUMPUR: Gara-gara belum berkahwin walaupun sudah hampir sedekad bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Arul, penyanyi, Shiha Zikir, diminta memutuskan perhubungan.

Mendedahkan perkara itu, Shiha, 32, berkata lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit membuat permintaan berkenaan secara terangan-terangan di hadapan kekasihnya.

“Saya bagaimanapun amat bersyukur kerana mempunyai kekasih yang sangat memahami kerjaya seni saya. Dia juga tidak mudah melatah apabila berdepan dengan pelbagai ragam orang di sekeliling.

“Apabila individu terbabit meminta saya memutuskan perhubungan kami, Arul pula yang tergelak besar. Berasakan permintaan itu sebagai sesuatu yang lucu, dia langsung tidak mengambil serius mengenainya.

“Saya akui, memang sukar untuk menemui insan yang cukup memahami seperti dirinya. Jadi, saya amat bertuah apabila ditemukan dengannya,” kata Shiha kepada BH Online.

Penyanyi itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran video karaoke Bukan Bahagiaku, nyanyian Kay Khydir, di sini.

Kay adalah artis naungan SZ Entertainment milik Shiha.

Ditanya mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Shiha berkata, ketika ini masing-masing masih sibuk dengan urusan kerjaya.

“Semestinya kami ada perancangan ke arah itu, tetapi bukan sekarang. Saya tidak mahu pengalaman sebelum ini berulang. Kononnya mahu berkahwin pada hujung tahun, tetapi tidak juga kesampaian.

“Insya-Allah jika semuanya sudah ditetapkan, saya akan berkongsi berita gembira bersama peminat. Buat masa ini, kami mahu fokus pada kerja masing-masing,” tutur penyanyi Pipiyama itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Sumber: Instagram shihazikir via BH

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*