“Saya Tak Gembira Dengar Lagu Dia, Orang Puji Di Depan Tapi Mengata Di Belakang” – Baby Shima Kata Ramai Jadi Pengampu Aliff Syukri

KOMEN yang ditinggalkan Baby Shima yang seakan mengkrltik vokal Datuk Seri Aliff Syukri membuatkan usahawan kosmetik itu mempersoalkan semula kredibiliti suara penyanyi itu.

Menurut Shima, 27, dia sekadar memberi pandangan secara jujur kerana beranggapan Aliff dikelilingi ‘pengampu’ yang hanya tahu memuji tetapi mengvtuk di belakang.

“Saya hanya ingin komen secara jujur saja. Sememangnya saya rasa tak gembira apabila mendengar lagu dia. Bagi saya, lagu dan muzik sudah bagus tetapi macam ada yang tidak kena.

“Kalau dilihat orang industri pun tak pernah nak tegur kelemahan Datuk Aliff, yang ada pun puji tapi belakang mengata.

Aliff beranggapan komen Shima di Instagramnya itu seakan mengkrltik vokalnya.

“Mungkin di sekitar Datuk Aliff ini dikelilingi ‘pengampu’ yang suka membodek saja,” kata Shima ketika dihubungi pada Khamis.

Menerusi komen di Instagram tersebut, Shima memberitahu dia menyukai lagu duet terbaharu Aliff bersama penyanyi Indonesia, Upiak berjudul Cowok Baru namun berasakan vokal pengasas produk D’Herbs Terlajak Laris itu tidak sesuai dengan lagu tersebut.

Biarpun Aliff mempertikaikan semula vokal Shima namun rata-rata netizen lebih memihak kepada penyanyi yang kini bertapak di Indonesia itu.

Kebanyakan netizen bersetuju mengatakan sekurang-kurangnya suara penyanyi lagu Roadbloack Hatiku itu lebih bagus berbanding Aliff.

Antara netizen yang memihak kepada Shima.

Dalam pada itu, bekas peserta program realiti Big Stage ini memberitahu seseorang perlu memberi penilaian yang jujur supaya Aliff dapat memperbaiki kelemahan dan menjadi lebih baik.

Bagaimanapun, Shima tidak kisah sekiranya penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu tidak dapat menerima tegurannya.

“Kena ada orang yang jujur nilai karya dia. Jadi, saya pun cuma nak bagi penilaian saja dan bukan saya kvtuk pun. Baca semula ayat saya tu, tidak ada kvtuk pun.

“Sebenarnya selama ini juga saya tak pernah komen di Instagram Aliff, cuma kali ini saya kena komen sebab sayang lagu-lagu dia semua bagus tambahan pula dia buat di Indonesia dan lagu dangdut pula tu.

“Tapi tak apa la kalau dia tak dapat terima pendapat saya. Bagi saya, orang nak berkawan, kita berkawan tapi kalau orang nak bermvsuh, kita buat b0doh saja,” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*