“Saya Bukan Jenis Yang Memilih” – Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong mengakui tidak ada sebarang perancangan untuk menjadi lebih selektif dalam memilih watak selepas dinobatkan sebagai Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018 di Anugerah Telenovela baru-baru ini.

Menurut Emma, dia ingin mencuba membawa pelbagai jenis watak di dalam drama mahupun filem.

“Emma dari dulu lagi bukan seorang yang memilih watak untuk dilakonkan dalam drama.

“Kalau watak yang ditawarkan itu belum pernah dilakonkan lagi, Emma akan terima tawaran tersebut.

“Jika Emma ditawarkan untuk berlakon watak yang sama seperti sebelum ini, Emma akan cuba untuk mencorakkan watak tersebut supaya nampak kelainan,” katanya kepada Gempak.

Menurut Emma atau nama sebenarnya  Fatimah Rohani Ismail, dia ingin dikenali sebagai pelakon yang mampu membawa pelbagai jenis watak dalam lakonan.

Teks: Noor Zulaikha Yusof

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:gempak

Facebook Comments