“Saya Anak Tunggal Dan Tidak Mengaku Penyanyi Itu Abang Saya” – Anas Tidak Mahu Dibayangi Faizal Tahir

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa penyanyi popular, Faizal Tahir mempunyai adik yang kini merupakan salah seorang penyampai radio, Anas Tahir.

Menurut satu sumber, Anas mengakui tidak mahu dibayangi dengan populariti abangnya namun begitu disebabkan mereka mempunyai iras wajah yang sama membuatkan dia tidak dapat lari daripada populariti abangnya itu.

“Bagaimana hendak tumpang populariti abang saya, sedangkan saya sendiri tidak pernah mengaku yang kami mempunyai pertalian d@rAh.

“Namun, saya tidak boleh lari kerana orang pasti akan bertanya kerana rupa saya ada iras abang saya juga.

“Apa-apa pun terus-terang saya katakan, saya tidak suka dikaitkan atau dikenali sebagai adik kepada Faizal Tahir.

Kata Anas lagi, dia tidak berg@duh dengan abangnya cuma dia berasa sedikit kurang selesa apabila ada pihak yang tahu bahawa dia adalah adik kepada Faizal.

“Pernah dulu, bila orang tanya adakah saya adik Faizal saya terus beritahu saya anak tunggal dan tidak mengaku penyanyi itu abang saya,” katanya lagi.

Terdahulu adik kepada Faizal ini merupakan seorang jurutera namun begitu sejak beberapa bulan yang lalu dia telah menukar kerjaya kepada penyampai radio.

“Saya suka bercakap dan seorang yang peramah, malah sebelum ini saya memang ada juga menyanyi tetapi tidak sehebat Faizal.

“Apabila dipanggil untuk uji bakat radio baharu ini, saya tidak teragak-agak untuk pergi.

“Namun terus-terang saya katakan, saya tidak meletakan apa-apa harapan pun.

“Tapi apabila saya terpilih, saya bagai tak percaya malah sempat mengalirkan air mata kerana terharu,” katanya kepada Astro Gempak.

Kini Anas bergandingan dengan juara Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi dalam slot Salam Bros di Zayan.fm.

Sumber: Astro Gempak via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*