[VIDEO] Resipi Sandwic Ayam Keju Dengan Cara Mudah & Anda Boleh Tarik Keju Lebih Panjang!

Rakyat Malaysia kini sukakan makanan berkeju dan ramai yang sudah mencipta kombinasi keju dengan pelbagai jenis makanan terutamanya dalam resipi ayam. Bagi yang mahu memasak sendiri resipi berasaskan ayam berkeju, apa kata anda mencuba resipi tular sandwic ayam keju dari halaman masakan luar negara Cookat.

Ikuti penyediaan mudah Sandwic Ayam Keju hasil resipi Cookat dibawah.

Bahan-bahan

  • Ketulan dada ayam. Mengikut jumlah yang diinginkan anda.
  • Keju mozarella. 1 keping besar untuk 1 ketul dada ayam.
  • 1/2 mangkuk tepung gandum
  • 2 biji telur ayam
  • 1 bungkus emping Nachos
  • Garam
  • Lada sulah atau lada hitam
  • Minyak sayuran untuk menggoreng.

Cara-cara penyediaan dan memasak

  1. Potong dan belah dada ayam menjadi dua belah lipatan yang lebih nipis.
  2. Ambil plastik dan lapikkan pada dada ayam. Ketuk dengan pengetuk daging sehingga ia menjadi lebih nipis.
  3. Perisakan dada ayam dengan garam dan lada sulah atau lada hitam secukup rasa mengikut citarasa anda. Perlu diingat, keju juga sudah berasa masin.
  4. Letak satu kepingan besar keju mozzarella di satu bahagian dada ayam dan lipat ia dengan kemas.
  5. Perapikan dada ayam dengan kemas supaya kepingan keju tidak kelihatan.
  6. Salut dada ayam yang sudah tersedia dengan bahan-bahan ini, dengan dimulakan bersama salutan tepung gandum, dan kemudian dua biji telur ayam yang telah dipukul.
  7. Akhiri salutan dengan satu bungkus emping Nachos yang telah dihancurkan.
  8. Salutan dada ayam dan keju sudah tersedia, panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang besar dan kemudian kecilkan pada tahap sederhana apabila mahu menggoreng.
  9. Masukkan salutan dada ayam dan keju tersebut satu demi satu, dan goreng sehingga berwarna keemasan.
  10. Setelah masak, toskan minyaknya dengan penapis minyak dan angkat sandwich ayam keju yang telah rangup ini.
  11. Sandwic ayam keju yang rangup dan menyelerakan sudah tersedia untuk dimakan panas-panas.
  12. Lihat tarikan keju yang panjang itu. Terliur rasanya!

Apa kata anda mencuba resipi sandwich ayam keju ini dan tariklah keju yang panjang itu sendiri.

Selamat mencuba!

Lihat video resipi Sandwic Ayam Keju Cookat dibawah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:viwanita

Facebook Comments