Saharul Ridzwan Terharu “Allah’ Perkataan Pertama Keluar Dari Mulut Anak

Aktor Saharul Ridzwan terharu apabila perkataan pertama yang keluar dari mulut anaknya, Luth Ali adalah Allah.

Saharul berkongsi rasa teruja itu menerusi akaun Instagram (IG)nya dengan memuat naik video saat anaknya menyebut nama pencipta.

Menerusi video yang dikongsikan, Ali yang baru berusia enam bulan itu menyebut perkataan Allah beberapa kali selepas mendengar laungan azan.

Saharul memberitahu ketika isterinya hamil, dia pernah berdoa agar perkataan pertama yang keluar dari mulut anaknya itu adalah nama Allah.

Tadi baru je azan asar, tiba2 Ali diam je dengar azan. Wife saya saja record, Sy rasa Ali cakap ‘Allah’. 😭. Sy pernah doa waktu wife sy pregnant, mintak2 perkataan pertama yang Ali sebut adalah Allah. Alhamdulillah. #6bulandah ❤️❤️❤️❤️

A post shared by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on

Saharul juga meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka doanya dimakbulkan.

Menerusi ruangan komen video berkenaan, rata-rata pengikut IGnya menyatakan rasa kagum dengan momen tersebut.

Foto/video: Instagram Saharul Ridzwan

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber:Gempak

Facebook Comments